Skip to main content

Fernleaf Menyokong Fungsi Usus Sihat

FERNLEAF

Fernleaf Perluaskan Rangkaian Produk Untuk Menyokong Fungsi Usus | Jadi kekalkan fungsi usus yang baik setiap hari dengan cara yang berpatutan dan menyeronokkan.

Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik. Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita. Ini boleh mengakibatkan bakteria usus menjadi tidak seimbang, dan mengakibatkan terlalu banyak bakteria berbahaya atau tidak baik mula membiak.

Artikel Lain: Petua Hilangkan Batuk

Jika tidak diberi perhatian sewajarnya, ini boleh menyebabkan masalah pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, perubahan dalam tabiat usus dan banyak lagi. Oleh itu, perlindungan bagi mengekalkan persekitaran usus sentiasa berada dalam keadaan yang sihat adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan badan kita berfungsi dengan baik.

Fernleaf

FERNLEAF PENUH KEBAIKAN TENUSU DARI NEW ZEALAND

Diperkenalkan sejak tahun 1982 bagi rakyat Malaysia, susu Fernleaf dari Fonterra yang penuh dengan kebaikan tenusu dari New Zealand kini memperkenalkan cara yang berpatutan dan menyeronokkan untuk membantu menambah bakteria baik untuk usus!

Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+ adalah satu-satunya minuman susu kultur di Malaysia yang mengandungi gabungan tiga (3) jenis probiotik yang dikaji secara saintifik, iaitu Lactobacillus rhamnosus HN001 (DR20), Bifidobacterium animalis subsp. lactis (BB-12), dan Lactobacillus acidophilus LA-5.

Pengambilan tiga jenis probiotik yang telah dikaji secara saintifik ini sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dengan gabungan gaya hidup aktif boleh membantu mengekalkan fungsi usus yang baik bagi menyokong sistem pertahanan badan.

Artikel Lain: Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada hos apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Juga dikenali sebagai “bakteria baik”, probiotik membantu menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik untuk menangkis kesan negatif berkaitan kesihatan yang disebabkan olehnya, sambil menambah bakteria baik, bagi meningkatkan sistem pertahanan badan.

Oleh sebab itu, pengekalan bakteria usus yang seimbang harus dipastikan setiap hari untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, menjelaskan kepentingan adanya  probiotik dalam diet harian seseorang: “70% daripada imuniti badan tertumpu di dalam usus kita, yang sentiasa terdedah kepada ‘musuh’ luaran seperti bakteria, virus dan bahan asing yang lain.

Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk kita memiliki persekitaran usus yang baik demi menyokong sistem pertahanan badan yang kuat, yang perlu bersedia untuk mengelakkan sebarang jangkitan.”

“Apabila kita jatuh sakit, bakteria yang tidak baik mengambil peluang untuk membiak dalam badan kita. Pengambilan probiotik secara kerap membantu meningkatkan fungsi usus dan memastikan bakteria yang baik dalam usus kita berada di tahap yang sihat supaya badan dapat mewujudkan semula keseimbangan semula jadi dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan normal,” sambung Liew.

Dalam usaha menyokong fungsi usus yang sihat bagi pengguna Malaysia, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Fonterra bekerjasama dengan pakar probiotik terkemuka daripada Chr. Hansen untuk menghasilkan Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf.

Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. menjelaskan “Kebaikan daripada tiga jenis probiotik yang digunakan dalam minuman susu kultur ini disokong oleh sains, dan telah dikaji dengan teliti dalam banyak kajian saintifik, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Minumlah Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf

Sebagai jenama keluarga, Fonterra berusaha untuk menyokong fungsi usus bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila usus anda berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja membantu mengekalkan sistem pertahanan badan yang baik, tetapi juga menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan penghadaman serta penyerapan nutrien yang berkesan.”

 “Itulah sebabnya Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf, dengan tiga jenis probiotik ini menawarkan cara yang mudah dan berpatutan untuk membantu menambah bakteria yang baik dalam usus. Penyokongan sistem pertahanan badan adalah sangat penting terutamanya dengan peningkatan pelbagai penyakit, dengan yang terkini seperti COVID-19.

Walaupun kita telah melangkah ke fasa endemik dan COVID-19 tidak lagi mengancam nyawa berkat daripada kemajuan dalam teknologi perubatan, kami berharap rakyat Malaysia akan terus memantau kesihatan mereka kerana kesihatan yang baik membantu kita menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” kata Megawati.

Fernleaf

Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+ kini boleh didapati di 99 Speed ​​Mart dan AEON di Semenanjung Malaysia pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM4.35.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...