Skip to main content

CHEF FAEZ TAUKE NASI ARAB MAHU JADI ARTIS

Chef Faez Tauke Nasi Arab

Chef Faez Tauke Nasi Arab kini mahu menempa nama dalam bidang seni tanah air. Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian membuatkan beliau menaruh harapan yang tinggi untuk berjaya di Malaysia!

Restoran Chef Faiz
Kunafa Chef Faez terpaling sedap! Patutlah jadi viral di media sosial

Nama Chef Faez, jejaka tampan yang berasal dari Syria ini mula menjadi sebutan ramai setelah manisan Kunafa ‘Crispy’ air tangannnya tular di media sosial. Kini, beliau mengimpikan untuk menjadi seorang selebriti!

Walaupun Chef Faez Tauke Nasi Arab ini sibuk mengusahakan dua buah restoran makanan negara Timur Tengah milik beliau di Jalan Imbi Kuala Lumpur dan Alor Setar,namun hasrat untuk mengejar impian dalam bidang seni begitu kuat.

Beliau yang berusia 34 tahun dan sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia, mengharapkan agar kehadirannya di persada seni tanah air dapat diterima ramai, khususnya peminat setia beliau.

Chef Faez Tauke Nasi Arab

CHEF FAEZ TAUKE NASI ARAB

Chef Faez mempunyai cara tersendiri untuk mencipta nama dan populariti di Malaysia.Memiliki paras rupa yang kacak serta personaliti menarik. Jadi, tidak mustahil beliau akan berjaya melebarkan sayapnya untuk bergelar penyanyi dan juga pelakon.

Chef Faez Tauke Nasi Arab
Chef Faez, ahli perniagaan makanan Timur Tengah kini melebarkan bakat
dalam industri seni tahah air.
Restoran Chef Faez
Chef Faez bukan sahaja mahir memasak hidangan negara asalnya,
tetapi juga turut berbakat dalam bidang seni.

Chef Faez yang ditemui di restoran miliknya yang terletak di Jalan Imbi itu turut menyuarakan hasrat beliau ingin berduet dengan Dato’Sri Aliff Syukri. Beliau tertarik dengan kesungguhan Datuk Seri Aliff Syukri untuk terus berada dalam industri seni.Sedangkan beliau sudah suksess menempa nama sebagai ahli perniagaan terkenal.

Bukan itu sahaja, baginya Dato’Sri Seri Aliff Syukri juga bijak menaikkan nama dan juga populariti dirinya sehingga cukup dikenali ramai.

Artikel Lain: Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida 

Sebagai permulaan penglibatannya dalam bidang seni, Che Faez merancang untuk mengeluarkan album single. Beliau ingin melihat sejauh mana kemampuan dirinya. Memandangkan beliau pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi dan pelakon di tanah airnya dahulu.Beliau mengharapkan kehadiran dalam industri seni Malaysia dapat diterima dengan baik.

Menyentuh tentang pemilihan lagu, Chef Faez menjelaskan bahawa segalanya masih dalam perancangan.Namun, besar kemungkinan beliau akan membawakan lagu-lagu dalam bahasa Arab. Namun,tetap ingin menyelitkan lagu-lagu Melayu sebagai taruhan.

Artikel Lain: YHB Sleepsalot

Chef Faez

Biodata Chef Faez:

Nama : MOHAMMAD FAEZ

Asal: Syria

Menetapl di Malaysia: Lebih 10 tahun

Tarikh Lahir: Hari lahir 27/10/1988

Umur : 34 tahun

Jom follow Chef Faez!

https://instagram.com/cheffaez

https://www.tiktok.com/@cheffaez

https://www.facebook.com/cheffaez

https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

Semoga segala impian Chef Faez Tauke Nasi Arab ini terlaksana dan Mamanet yakin, Chef Faez boleh pergi jauh memandangkan beliau mempunyai kelompok peminat tersendiri.Tambahan pula, beliau bakal membuka lebih banyak cawangan restoran dan mengeluarkan produk wangian serta kosmetik. Stay tune!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...