Skip to main content

JULIE’S LOVE LETTERS LEMON EDISI TERHAD

Julies Love Letters

Julie’s Love Letters| Raikanlah Tahun Baru Cina Tahun Arnab dengan perisa terhad ini dan mulakan perayaan anda di Julie’s Prosperity Carnival di Sunway Pyramid yang menampilkan arca replika gergasi tab Love Letters dari sekarang hingga 8 Januari!

Sedang memikirkan snek lazat untuk dihidangkan kepada tetamu atau buah tangan untuk Tahun Baru Cina? Cubalah idea ini. Apa kata hidangkan snek popular Julie’s Love Letters dengan perisa baharunya – Lemon. Perisa edisi terhad ini dilancarkan khas untuk musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Julie’s Love Letters Snek Pilihan Utama

Love Letters merupakan snek pilihan utama setiap musim perayaan dan ia bukan sahaja sedap, tetapi perisanya menyegarkan dan dibungkus dengan mudah di dalam tab.

Mudahkanlah persiapan Tahun Baru Cina anda dengan memilih Julie’s Love Letters Lemon sebagai snek atau buah tangan untuk orang yang tersayang – tiada pembalut atau balang biskut diperlukan!

Artikel Lain: Kulit Lebih Sihat & Cantik Dengan Nu Skin

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Intipati sambutan Tahun Baru Cina adalah untuk meraikan permulaan baru bersama orang tersayang. Menyambut tahun baru yang penuh dengan harapan adalah amat penting terutamanya tahun ini, di mana orang ramai menantikan permulaan yang baru selepas pandemik.

Menerusi Love Letters Lemon ini, kami berharap untuk memperkenalkan sesuatu yang menyegarkan untuk Tahun Baru Cina, yang melambangkan kehidupan yang lebih segar, optimistik dan penuh semangat pada tahun 2023.

Ambillah peluang pada musim perayaan ini untuk menambah kemesraan dan menjalin ikatan bersama-sama orang tersayang melalui perkongisan dan kenikmatan snek perayaan yang enak seperti Julie’s Love Letters.”

Untuk membina momentum ke arah sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran pasca pandemik, Julie’s akan menganjurkan sebuah karnival Julie’s Prosperity Carnival selama 4 hari. Karnival ini akan berlangsung di Blue Concourse, Sunway Pyramid mulai sekarang hingga 8 Januari 2023.

Para tetamu boleh meningkatkan kemakmuran mereka pada Tahun Baru Cina ini dengan mencuba sampel Julie’s Love Letters yang akan diberikan percuma oleh Dewa Kemakmuran “God of Prosperity”.

Julies Love Letters

Julie’s Prosperity Carnival menjanjikan anda hari yang menarik untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Para tetamu boleh mulakan sambutan perayaan mereka dan meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang dengan menyertai aktiviti seperti sesi mewarna untuk kanak-kanak dan menerima beg cenderahati sebagai hadiah penyertaan.

Boleh Cuba Nasib

Pengunjung karnival juga boleh mencuba nasib mereka bermain dengan mesin mainan cakar untuk memenangi mainan “soft toy” tab Love Letters yang dihasilkan secara eksklusif oleh Julie.’

Bagi mereka yang ingin menikmati semangat perayaan, mereka boleh mengambil kesempatan dan mengambil gambar Tahun Baru Cina awal mereka dengan pelbagai latar belakang foto menarik Julie’s. Kesemua perisa Love Letters akan tersedia untuk pembelian di karnival tersebut.

Tetamu yang membeli tiga tab Love Letters dalam sebarang perisa di karnival ini juga akan menerima satu set mangkuk Tahun Baru Cina Julie’s edisi terhad.

Julie’s Love Letters ini juga dihasilkan dalam tiga perisa klasik seperti coklat, strawberi dan vanila. Love Letters Lemon edisi terhad ini boleh didapati menerusi pembelian dalam talian dari kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada.

Untuk membuat pembelian di kedai,kunjungilah kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan anda. Sempena musimperayaan ini, pelanggan juga boleh menerima satu set paket angpau percuma dengan setiap pembelian satu tab Love Letters Lemon.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...