Skip to main content

NIMS HASILKAN STAR BERRY CRISPY CHOCO TUB YANG PASTINYA LEBIH ENAK!

Rasai keenakan coklat strawberi yang melimpah ruah di dalam Star Berry Crispy Choco Tub yang merupakan produk terbaru Nims Adeliciousz.

Jika anda penggemar coklat, dah pernah menikmati Nims Crispy Choco Tub tentu tahu akan kenikmatannya! Di penghujung tahun 2022, Nims kembali menawan hati semua dengan kemunculan Star Berry Crispy Choco Tub, bijirin crispy berwrna merah jambu yang disaluti dengan limpahan coklat strawberi.

Menurut pengasasnya, Tengku Norhanim Tengku Othman, snek terkini ini memang lain daripada yang lain dan sangat sedap. Inilah ‘happy food’ yang mana rasa coklat strawberi premium mampu membuatkan seseorang itu berasa gembira apabila menikmatinya. 

Star Berry Crispy Choco Tub yang dijual pada harga RM15 (sebalang), merupakan produk ke-7 Nims, dalam varisi bijirin berbeza dengan coklat yang juga berbeza. 

Produk-produk Nims berstatus halal dan telah mendapat pengiktirafan GMP pada bulan November lalu. Turut membanggakan Nims juga mempunyai tiga buah kilang sendiri di Meru, Klang. Selain berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Thailand, Nims juga bakal berpusat di negara seberang iaitu di Jakarta,Indonesia. 

“Tahun lepas Nims telah mencatatkan pengeluaran sebanyak tiga juta tub dan kejayaan tersebut memberikan semangat untuk terus maju kehadapan.Untuk tahun 2023, kami mahu menembusi negara lain di seluruh Asia,” jelas beliau lagi.

Iman Troye, selaku Duta Nims bersama pengasas Nims Adeliciousz, Tengku Norhanim Tengku Othman

Nims juga telah melantik penyanyi muda, Iman Troye sebagai Duta Nims selama setahun (2022/2023) untuk merancakkan lagi pasaran produk keluaran Nims Adeliciousz.

Bagi yang ingin menikmati Star Berry Crispy Choco Tub boleh dapatkan produk viral ini melalui stokis dan ejen Nims Adeliciousz.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...