Skip to main content

ANLENE KEMBALI BERSAMA BINTANG HOLLYWOOD KELAHIRAN MALAYSIA, MICHELLE YEOH UNTUK KEMPEN #PERGERAKANTANPABATASAN

Ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene, Michelle Yeoh, kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad. Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif. Kempen ini juga menumpukan tentang sumbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.

Lemah, sakit, kurang bergerak, dan tertekan, adalah persepsi umum terhadap orang yang lebih berusia. Kitaran stereotaip yang melulu ini menjadi lebih teruk disebabkan oleh pemikiran orang tua yang tidak mampu mencapai sebarang matlamat hidup disebabkan oleh idea-idea penuaan yang telah tersemai sebelumnya. Stereotaip ini turut menyebabkan mereka menjadi lebih lemah dan kurang produktif.

Untuk melawan stereotaip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan. Kempen ini bertujuan untuk mengajar kita tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.

Usia  Bukan Penghalang bagi Michelle Yeoh

Kemuncak kempen ini ialah bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh. Kerjaya cemerlangnya tidak menunjukkan tanda-tanda penamat, kerana baru-baru ini Yeoh menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis. Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang. Pada usia 60 tahun, Yeoh terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa kita sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya. Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat. Sehubungan itu, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene,” kata Yeoh.

Jom Jaga Tulang, Otot dan Sendi Kita 

Dari sudut pemakanan, salah satu faktor utama untuk kekal aktif dan mudah bergerak adalah dengan pengambilan diet seimbang serta nutrien seperti kalsium, protein, kolagen, dan mineral. Mobiliti dalam kalangan rakyat Malaysia berisiko kerana keputusan imbasan tulang daripada aktiviti Anlene Mobility Check sebelum ini mendapati bahawa 7 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mungkin berisiko dengan  masalah tulang yang lemah. Oleh itu, setiap individu wajib mengambil nutrien penting dengan secukupnya dan kerap melakukan senaman untuk mengekalkan kesihatan tulang yang optimum.

“Apabila usia anda  meningkat, tulang anda akan mula kehilangan kalsium secara beransur-ansur. Bagi orang dewasa yang lebih tua, meningkatkan pengambilan kalsium adalah penting kerana penyerapan kalsium oleh usus akan berkurangan apabila seseorang itu semakin berusia. Selain itu, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk membantu mengekalkan jisim dan kekuatan otot yang menjamin kualiti hidup. Jumlah kolagen dalam badan anda berkurangan dengan peningkatan usia. Kolagen didapati dalam tubuh kita termasuk kulit dan sendi,”  kata Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Nutrisi Fonterra Brands Malaysia.

Anlene Gold 5X™ dirumus secara saintfik dengan kalsium dan protein yang tinggi, kolagen, 13 vitamin dan mineral, tanpa gula tambahan, untuk menyokong gaya hidup aktif serta keperluan pemakanan harian kita. Ia juga mengandungi MFGM Active™. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil dua gelas susu ditambah dengan MFGM dan nutrien penting setiap hari serta kerap bersenam akan mengalami dua kali peningkatan dalam fleksibilti, tiga kali peningkatan dalam keseimbangan dan juga peningkatan jisim otot sebanyak 40% berbanding dengan kawalan kumpulan.

“Di Anlene, kami ingin membolehkan  rakyat Malaysia untuk menjaga  kesihatan tulang, sendi serta otot mereka untuk memastikan bahawa mereka boleh terus bergerak dengan aktif dalam kehidupan.. Sebagai jenama susu dewasa nombor satu di seluruh Asia Tenggara, kami percaya bahawa pemakanan yang baik dan gaya hidup aktif merupakan asas untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang, sendi serta otot untuk penuaan yang produktif.

Produk Anlene dan kempen #PergerakanTanpaBatasan ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk melangkah keluar dan bergerak dengan fleksibiliti yang lebih baik dalam usaha meningkatkan kesejahteraan secara menyeluruh. Ini juga membantu merapatkan jurang antara diri kita yang lebih muda, cergas dan kuat suatu ketika dahulu dengan diri kita hari ini,” kata Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Anlene akan mengaktifkan roadshow di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih banyak bergerak sambil menjaga kesihatan tulang mereka. Pengaktifan pertama akan diadakan dari 25 – 27 November di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak.

Pameran ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani  ujian kekuatan tulang dan otot secara PERCUMA bernilai RM150, dan untuk memastikan agar kita terus meningkatkan ukuran mobiliti secara menyeluruh. Ketahui roadshow akan datang berhampiran anda di sini: https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html

Jadi bersiap sedialah untuk bergerak dengan fleksibiliti, bergerak dengan baik untuk tahun-tahun akan datang dan kekal aktif bersama Anlene. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Anlene, layari www.anlene.com/my. Sebagai alternatif, lihat halaman Facebook Anlene, @AnleneMalaysia dan kekalkan perkembangan terkini dengan #PergerakanTanpaBatasan. 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .