Skip to main content

THE CHICKEN RICE SHOP PERKENALKAN KEMBALI MENU POPULAR 'GRILLED BUTTER CHICKEN'

The Chicken Rice Shop (TCRS), kembali dengan hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu.

Populariti anime telah lama mencipta sejarah bukan sahaja di Jepun malah juga di seluruh dunia dan perkataan henshin dalam bahasa jepun (yang bermaksud transformasi) kerap digunakan apabila watak-watak anime berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa.

Turut menyertai trend henshin ini ialah restoran terkemuka, The Chicken Rice Shop (TCRS), yang tidak sabar untuk membawa kembali hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu. Grilled Butter Chicken yang telah diperkenalkan 15 tahun yang lalu kini didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati dari cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023.

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin baharu ini lebih rangup, lebih berperisa, dan pasti memenuhi citarasa para pelanggan dan ia tersedia dalam tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati semua. Empuk lagi enak, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti menawan hati rakyat Malaysia.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata bahawa budaya Jepun kini sudah menjadi satu budaya yang diterima oleh rakyat Malaysia, daripada keunikan lukisan anime sehinggalah makanan mereka yang menggamit selera. Oleh itu,TCRS mengambil peluang ini untuk mencipta peningkatan hidangan popular restoran tersebut dengan sentuhan yang lagi melazatkan.

“Sejak bertahun-tahun lalu, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan yang diilhamkan oleh budaya yang berbeza untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Oleh sebab ramai rakyat Malaysia semakin minat akan makanan Jepun, kami bercadang untuk menambah elemen Jepun ke dalam resipi kami dan kami telah memutuskan untuk mempertingkatkan menu popular TCRS iaitu Grilled Butter Chicken dengan sentuhan dari negara matahari terbit,” kata Encik Wong.

Pemain Cosplay tempatan turut memeriahkan lagi suasana di TCRS, IOI City Mall dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin sempena meraikan pelancaran makanan kegemaran orang ramai ini yang kini kembali dengan resipi yang istimewa.

“Walaupun ramai yang lebih selesa untuk mempamerkan rasa kasih sayang atau penghargaan mereka melalui pemberian hadiah, di TCRS, kami menyampaikan rasa sayang dan penghargaan melalui makanan. Makanan merupakan nadi setiap budaya dan oleh itu, makanan mampu menjadi pemangkin dalam memupuk dan membina hubungan sesama manusia,” tambah Encik Wong.

Berpegang teguh pada slogan ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memastikan mereka dapat menikmati pengalaman pemakanan yang luar biasa. TCRS berharap untuk mengakhiri tahun ini sejajar dengan kelazatan menu ayam lazat berkrim mereka dan mereka juga bertekad untuk meraih momentum yang positif menjelang tahun 2023. 

Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka di mana peminat berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook  https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .