The Chicken Rice Shop (TCRS), kembali dengan hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu. Populariti anime telah lama mencipta sejarah bukan sahaja di Jepun malah juga di seluruh dunia dan perkataan henshin dalam bahasa jepun (yang bermaksud transformasi) kerap digunakan apabila watak-watak anime berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa. Turut menyertai trend henshin ini ialah restoran terkemuka, The Chicken Rice Shop (TCRS), yang tidak sabar untuk membawa kembali hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu. Grilled Butter Chicken yang telah diperkenalkan 15 tahun yang lalu kini didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati dari cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023. Grilled Butter Chicken Katsu Henshin baharu ini lebih rangup, lebih berperisa, dan pasti memenuhi citarasa para pelanggan dan ia tersedia dalam ...