Skip to main content

KEKAL SIHAT DENGAN RANGKAIAN PRODUK KESIHATAN SEMULA JADI HERBALMEDS DARI BIO-LIFE

Pelihara kesejahteraan kita dengan ubat-ubatan Herba dari sumber semula jadi. Samada ianya adalah untuk mengurangkan kesakitan, isu berkaitan putus haid atau demam mahupun selsema biasa – rangkaian produk kesihatan semula jadi Herbalmeds dari BiO-LiFE boleh membantu. 

BiO-LiFE, salah satu syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia dengan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti, berdasarkan ujian secara saintifik, kini menawarkan produk daripada sumber semula jadi dan herba sebagai solusi untuk masalah mereka.

Herbalmeds memberikan pengguna pelbagai pilihan untuk produk dengan bahan asas semula jadi termasuk produk untuk mengatasi demam dan selsema, meredakan kesakitan serta simptom berkaitan putus haid. Terdapat juga penambahan dalam rangkaian produk mereka, iaitu: Urocran untuk melancarkan pembuangan air kecil, Articap untuk masalah pencernaan dan Grape Seed Extract bagi melancarkan peredaran darah.

Menggunakan sumber bahan mentah yang berkualiti merupakan keutamaan kepada Herbalmeds di mana ia juga adalah matlamat jenama tersebut – termasuk berkongsi kebaikan produk herba semula jadi di samping membantu orang ramai untuk kekal sihat.

Chee Swee Rin, Ketua Pemasaran di BiO-LIFE Malaysia berkata, “Bidang perubatan herba di Malaysia sedang berkembang pesat. Melihat kepada kepelbagaian dalam perubatan tradisional dalam kehidupan kami yang berbilang kaum dan budaya, industri perubatan berasaskan herba – juga dikenali sebagai produk nutraseutikal. Terdapat juga permintaan untuk produk bersumberkan bahan semula jadi daripada pengguna untuk keperluan mereka.”

Bahan semula jadi sememangnya telah lama relevan dalam perubatan untuk penyakit biasa yang terdapat dalam resepi ubat-ubatan sejak berdekad lamanya, dan telah diwarisi dari generasi ke generasi. Dr Annaletcumy Loganathan, Pembantu Profesor di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Sciences) di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – yang sedang mengkaji profil bahan semula jadi secara mendalam, amat menitik beratkan tentang kepentingan sumbangan dan kaitan penemuan saintifik bahan-bahan ini dalam perawatan penyakit.

Dr Annaletchumy menambah, “Bahan-bahan yang dijumpai melalui alam semula jadi, seperti articok atau anggur, mengandungi sebilangan besar nutrien dan vitamin. Sebagai penyelidik, saya percaya ujian klinikal adalah penting untuk menghasilkan data yang boleh dipercayai serta kesahihan ke atas kebaikan bahan semula jadi ini. Bahan yang biasanya boleh diperolehi di rumah seperti kunyit dan sebatian paling aktifnya iaitu, curcumin — mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan yang telah diuji secara saintifik dalam penyelidikan kami.”

Produk Herbalmeds menggunakan bahan asli daripada alam semula jadi yang telah diuji secara saintifik dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Sebagai contohnya, CurcurePhyto yang ditemui di dalam kunyit adalah bahan semula jadi utamanya. CurcurePhyto juga telah diuji secara klinikal dan ia didapati boleh melegakan kesakitan.

“Ambil produk kami sebagai contoh – Urocran untuk masalah berkaitan pembuangan air  kencing, diperbuat daripada buah kranberi sebagai bahan utama. Melalui kajian klinikal, manfaat sumber asli ini menguatkan lagi keyakinan untuk jenama kami mempelopori bidang perubatan menggunakan bahan dari alam semula jadi. Kami memahami keperluan pengguna yang ingin sihat secara semula jadi, dan yang paling penting – untuk merawat penyakit mereka dan di sinilah Herbalmeds memainkan peranan untuk memenuhi keperluan itu,” ujar Swee Rin lagi.

Antara rangkaian produk Herbalmeds:

1.         CurcurePhyto – mengandungi kunyit, yang terkenal untuk melegakan kesakitan

2.         Urocran – diperbuat daripada kranberi, untuk melancarkan pembuangan air kencing.

3.         Femosa – mengandungi herba yang dipanggil ‘cohosh’, yang melegakan simptom putus haid.

4.         Echinax – mengandungi herba ‘echinacea’, untuk melegakan demam atau selsema biasa.

5.         Grape Seed Extract – dihasilkan oleh biji anggur yang baik untuk memperbaiki perjalanan darah.

6.         Articap – mengandungi articok, yang dikenali untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.

Rangkaian produk Herbalmeds oleh BiO-LIFE adalah ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dan dijamin Halal. Produk-produk ini boleh diperolehi di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biolife.com

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...