Skip to main content

BATA MALAYSIA LANCAR KOLEKSI 200 STYLES FOR ENDLESS OCCASIONS DI SNEAKERLAH 2022

Bata Malaysia memperkenalkan barisan produk yang terkini, asli, bergaya, dengan pelancaran Bata Sneaker Fest 22 menerusi pengenalan koleksi terbaharunya 200 Styles for Endless Occasions di SneakerLah 2022.

Koleksi ini diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada matlamat Bata untuk membawakan keselesaan ke dalam inovasinya, membawakan gaya kasual baharu yang selesa bagi memenuhi keperluan gaya hidup harian menerusi koleksi mereka yang menjadi idaman ramai daripada jenama seperti North Star, Power, Bata Red Label, dan banyak lagi. 

Bagi menarik minat sasaran penggunanya yang utama, Bata berhasrat menawarkan pelbagai pilihan gaya unik yang menarik, dan mencuit pandangan sambil mencipta suatu perubahan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Pada masa sama, Bata menawarkan 200 gaya sneaker ini yang sesuai untuk pelbagai acara pada harga yang mampu dimiliki oleh para pengguna. 

From left: Bata Sneaker Fest 22 models, Vaibhav Manrao, Country Manager of Bata Malaysia (middle)
and Mohsein Kush (middle)

“Kami gembira kerana akhirnya dapat membawakan Sneaker Fest 22 ke Malaysia. Dikenali sebagai salah satu jenama isi rumah terkenal di Malaysia, kami meneruskan janji kami untuk menghasilkan produk yang selesa, berkualiti dan bergaya.

Kami ingin memberi lebih tumpuan kepada usaha untuk memenuhi cita rasa generasi muda di Malaysia dan kami mengambil langkah untuk melancarkan Sneaker Fest 22 di SneakerLah 2022 bagi menunjukkan komitmen dan pelaburan kami yang berterusan inovasi, teknologi dan fesyen berkaitan sneaker.

Makmal reka bentuk kami di Kanada, Itali, dan Singapura akan terus membawakan pelbagai pilihan yang terbaik untuk apa jua cara menerusi koleksi ini. Koleksi 200 gaya ini bakal memenuhi segala keperluan gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa berubah tanpa perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan gaya yang diinginkan,” kata Pengurus Negara Bata Malaysia, Vaibhav Manrao. 

Mereka yang benar-benar mengenali jenama ini mengetahui bahawa Bata sememangnya sentiasa berada di bahagian hadapan dalam usaha memperjuangkan fesyen lestari. Ini terbukti melalui siri ‘Power Love Ocean’.

Dengan bahagian atas yang diperbuat daripada 100% botol plastik kitar semula, serta kandungan kitar semula lain dalam tapak tengah, tapak luar dan dalam, Love Ocean ialah koleksi mampan pertama Power yang Bata bertujuan untuk menjadikannya lebih besar setiap musim.

Jenama itu juga telah menunjukkan hubungan emosi yang kuat kukuh dengan rakyat Malaysia. Ianya telah menjadikan Bata sebagai penjual kasut utama, yang telah memenangi beberapa anugerah sejak ia ditubuhkan di Malaysia.

Bata Malaysia baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan pada majlis Anugerah Perniagaan Antarabangsa Malaysia dan memenangi Anugerah Gangsa pada majlis Anugerah Jenama Putra 202 yang mengiktiraf pelbagai pemain industri atas usaha penjenamaan mereka yang telah memberikan impak yang mendalam ke atas pilihan pengguna Malaysia. 

Rakyat Malaysia kini boleh mencuba sesuatu yang baharu dengan koleksi 200 Styles for Endless Occasions oleh Bata ini. Dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, rakyat Malaysia boleh menantikan suatu pengumuman yang menarik dengan Surprisingly Bata, yang membawakan barisan produk dan aksesori yang lebih bergaya daripada kasut hinggalah kepada beg, memberikan penampilan dan semangat baharu yang pastinya mempesonakan para pengguna. 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .