Skip to main content

MUNCHY'S CRACKERS PLUS PILIHAN SNEK YANG LEBIH SIHAT

Memandangkan warga Malaysia semakin mementingkan kesihatan, ramai yang memilih pilihan makanan yang sihat setiap hari, termasuklah makanan ringan atau snek. Walau bagaimanapun, meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat merupakan sesuatu yang mencabar, terutamanya apabila jadual kita padat dengan pelbagai aktiviti.

Berdepan dengan tekanan masa, kita selalunya mengambil apa sahaja yang boleh dicapai demi mengisi perut. Ini mungkin merupakan satu penyelesaian yang pantas, tetapi pada jangka panjang, pengambilan makanan ringan yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Oleh itu, snek yang mudah dan sedia untuk dimakan serta memberikan anda nutrien adalah cara paling mudah untuk memenuhi rasa lapar dan selera yang cerewet.

Munchy’s Crackers Plus dibuat secara penuh kasih sayang dengan 10 jenis nutrien seperti vitamin (A, B1, C, B6), kalsium, zat besi, zink, asid folik, kuprum dan selenium, untuk anda menikmati snek secara sihat dan meriangkan! Bebas daripada kolesterol dan lemak trans, hidangan rangup ini memberikan anda kelazatan yang sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia Rodney Wong berkongsi, “Snek boleh dikatakan penting dalam diet kita untuk membekalkan tenaga pada waktu tengah hari, atau selepas bersenam. Menikmati snek yang sihat di antara waktu makan juga membantu mengekang rasa lapar dan mengelakkan daripada makan berlebihan semasa waktu makan nanti. Ramai warga Malaysia yang gemar makan, tetapi pengambilan makanan ringan yang tidak sihat secara kerap boleh membawa kepada masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami di Munchy’s, mahu menyokong kepentingan memilih snek yang lebih sihat, bukan sahaja memenuhi cita rasa anda, tetapi juga menyediakan mikro nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Munchy’s Crackers Plus dihasilkan untuk pengguna menikmati snek secara sihat dengan 10 jenis nutrien yang berbeza dalam hidangan lazat yang dibakar dengan sempurna!”

Munchy’s Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa lazat: Original Berkalsium Tinggi, Biji Chia Berprotein Tinggi dan Bijirin Penuh Berserat Tinggi. Terdapat dalam dua saiz pek (3 pek: 300g, RM4.80 dan 7 pek: 700g, RM10.90), anda boleh membawa biskut rangup ini bersama anda ke mana-mana jua, untuk berehat bersama snek yang sihat pada bila-bila masa!

Sertai Munchy’s X AirAsia Ride dan dapatkan sampel percuma!

Mulai 16 Jun hingga 6 Julai 2022, Munchy’s bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride untuk menyebarkan kegembiraan Munchy’s Crackers Plus! Sebanyak 30 buah kereta Munchy’s X AirAsia Ride akan membuat perjalanan mereka di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Penumpang bertuah yang menaiki Munchy’s boleh menikmati pek sampel Munchy’s Crackers Plus secara percuma! Pada masa yang sama, penumpang juga boleh mengimbas kod QR di dalam kenderaan untuk membeli biskut kegemaran mereka dari kedai rasmi Shopee Munchy.

Untuk maklumat lanjut tentang Munchy’s Crackers Plus, ikuti dan suka laman sosial Munchy di Facebook (https://www.facebook.com/Munchys/) dan 

Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/)

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...