Skip to main content

Hi-TEA LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) BERSAMA MEDIA, PLATFORM TERBAIK PERKENALKAN PERANAN LUAS DALAM PENGURUSAN SUMBER AIR

Rasanya masih ramai yang kurang arif dengan fungsi ataupun peranan LUAS (Lembaga Urus Air Selangor). Tak pun,  masih ramai juga yang keliru antara LUAS dan Air Selangor, kan?

LUAS adalah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang mana merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Manakala Air Selangor pula merupakan anak sayarikat Kerajaan Negeri yang merawat air mentah kepada air terawat dan membekalkannya kepada pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

LUAS kini telah bertapak 20 tahun dan semakin dikenali, terutamanya di dalam usaha-usaha dan tindakan menangani krisis serta insiden berkaitan dengan sumber air. 

Majlis Hi-Tea LUAS bersama pengamal media ini merupakan inisiatif terbaik untuk memperkenalkan LUAS kepada pengamal media dan seterusnya mengeratkan ukhuwah. Di samping itu dapat membantu LUAS dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat dengan lebih berkesan kepada lebih ramai sasaran berdasarkan kebolehcapaian setiap media terutamanya media-media arus perdana.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Tuan Hasrolnizam Shaari semasa ucapan alu-aluan

Pengarah LUAS, Tuan Hasrolnizam Shaari berpendapat, peranan media sangat penting bagi membantu LUAS di dalam usaha untuk mempromosikan LUAS dan aktiviti yang bukan sahaja tertakluk kepada krisis dan insiden sumber air. 

Pelbagai xtvt menarik turut diadakan antara wakil media Selangor dan kakitangan LUAS
Plak penghargaan turut diberikan kepada wakil media Selangor yang hadir

“Malahan program ramah mesra ini adalah satu langkah proaktif dan strategik untuk mengeratkan hubungan di antara LUAS dan pengamal media bagi membina imej dan reputasi LUAS daripada setiap aspek,”tambah beliau yang ditemui di Majlis Hi-Tea LUAS bersama Media yang berlangsung di Garden Glassbox, Central Walk I-city, Shah Alam baru-baru ini. 

Nak tahu lebih lanjut tentang LUAS layari :
www.luas.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...