Skip to main content

AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR & HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK

AEON CO. (M) BHD. atau AEON berkolaborasi dengan kumpulan animasi Omar dan Hana yang sangat sinonim dengan konten video Islamik di kalangan kanak kanak melancarkan perisa baharu dalam rangkaian produk onigiri. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di AEON Mall Shah Alam, Selangor.

Semuanya sedap!!

Terdapat 5 perisa yang diperkenalkan untuk pasaran kanak kanak dan turut diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana. Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana, Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi AEON CO. (M) BHD; Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON CO. (M) BHD; Azidah Alimuddin ,Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON; Sinan Ismail, CEO & Pengasas Digital Durian dan Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan & Pembangunan Perniagaan Astro.

Menurut Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi AEON CO.(M) SDN, “Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan animasi terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri dengan perisa terbaharu kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON untuk menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin produk ini mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan peminat Omar & Hana sendiri.”

Pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Onigiri juga merupakan makanan dari Jepun yang bukan sahaja boleh dimakansegera malah mengenyangkan. Justeru, AEON ingin membawa corak dan budaya pemakanan yang sihat ini di negara kita.

Duta Kecil Jepun Di Malaysia

“Kami ingin jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang akan dihaslkan oleh AEON Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh JAKIM.’ ujar beliau lagi.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Omar dan Hana yang mempromosikan rangkaian onigiri tersebut serta aktiviti kuiz bersama pengunjung. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan perdana video dan lagu onigiri Omar & Hana.

Seronoknya dapat bertemu Omar dan Hana

Menurut Sinan Ismail pula, “Bagi melaksanakan kerjasama ini, kami ingin memperkenalkan makanan yang berkhasiat dan senang dimakan oleh kanak-kanak. Kami yakin onigiri adalah produk yang paling tepat. Ianya berasal dari Jepun dan merupakan antara makanan yang amat digemari waktu kini.”

“Kami juga berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan pihak AEON, sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya yang luas. Melalui rangkaian ini, sudah tentu onigiri Omar & Hana dapat dinikmati oleh ramai pelanggan di seluruh negara, bukan sahaja kanak kanak, malah orang dewasa.” ujar beliau.

Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .