Lifebuoy Malaysia tekankan kepentingan untuk kekal aktif, segar dan bebas kuman dengan variasi ‘Fresh’ Peralihan Malaysia ke fasa endemik membolehkan kita kembali kepada kehidupan yang hampir sediakala selepas memerangi wabak selama hampir dua tahun. Dengan pengesuaian semula diri kita, tanggungjawab kini terletak pada masyarakat untuk melaksanakan pengajaran yang telah dipelajari semasa pandemik, dengan mementingkan kesihatan sambil mengekalkan amalan kebersihan yang baik. Sehubungan itu, Lifebuoy Malaysia melancarkan kempen #DoTheLifebuoyFresh untuk mendorong rakyat Malaysia agar kekal aktif, segar dan bebas kuman. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (National Health and Morbity Survey -NMHS) mendapati 25% rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikali, manakala kajian lepas turut meletakkan Malaysia sebagai negara paling obes di Asiaii. Penutupan negara yang berpanjangan telah mencetuskan gaya hidup yang tidak aktif, dan ini mungkin akan meningkatkan ketidakaktifan fizikal...