Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

SIRI FOLLOW ME GREEN TEA HIJAB

http://www.123mamanet.com FOLLOW ME dengan gembiranya memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab. Rangkaian penjagaan rambut bagi individu berhijab, diinspirasikan budaya Jepun yang dirumus  menggunakan ekstrak semulajadi untuk rambut yang lebih licin, sihat dan segar. Seiring dengan peningkatan ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara dan kembalinya kehidupan ke rutin sebelum ini, ia juga bermakna kita akan menghabiskan lebih masa di luar. Bagi mereka yang berhijab, terdedah pada persekitaran yang panas dan melengas dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada kulit kepala yang gatal dan berbau serta rambut yang lebih kering, seterusnya menyebabkan keguguran rambut. www.123mamanet.com Dengan pemahaman pentingnya penjagaan rambut yang berkesan dan berbaloi, FOLLOW ME memperkenalkan siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan Teh Hijau Jepun bagi rambut yang lebih harum selama 48 jam bagi memastikan wanita Malaysia yang aktif dan ceria untuk menjalani kehidupan sepe...

CETAPHIL SKIN HEALTH FESTIVAL RAIKAN PARA PEMINAT PENJAGAAN KULIT

www.123mamanet.com Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit, lantas memberi pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE pada 10 November 2021 jam 8 malam, secara langsung hanya di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee. Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik.  Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe bersama pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin.  Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia. www.123mamanet.com Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “K...