Skip to main content

RAIKAN #MYCadburyFlavours DENGAN Cadbury DAIRY MILK PANDAN KELAPA BARU

Cadbury Dairy Milk dengan bangganya memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa yang menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma untuk meraikan rasa yang membentuk identiti negara kita.

Dengan perisa baru ini, Cadbury Malaysia ingin membangkitkan sifat murah hati rakyat Malaysia bagi menyokong penjaja-penjaja kuih tempatan yang terjejas akibat pandemik yang sedang melanda ketika ini menerusi inisiatif yang bertemakan #MYCadburyFlavours.

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa adalah varian edisi terhad ketiga yang dihasilkan mengikut cita rasa para peminat coklat di Malaysia oleh Cadbury Malaysia susulan sambutan hangat terhadap Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian yang mula diperkenalkan sejak 2018. Keenakan coklat susunya yang halus digabungkan dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma menghasilkan satu rasa ikonik warisan tempatan yang sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira generasi.

Bagi meraikan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa dan cita rasa Malaysia ini, Cadbury Malaysia akan menabur bakti kepada komuniti yang menjadi sebahagian inspirasi rasa tempatan tersebut dengan menyokong perniagaan mereka menerusi penggunaan tanda pagar #MyCadburyFlavours. Menerusi penggunaan tanda pagar tersebut dan dengan kerjasama rakyat Malaysia, Cadbury Malaysia akan mempromosikan perniagaan para penjaja di platform digital serta menerusi iklan berbayar di dalam media sosial.

Pandemik yang melanda telah mengakibatkan banyak perniagaan berskala kecil tempatan mengalami kerugian. Dalam tempoh yang serba mencabar seperti ini, adalah penting untuk kita terus mengekalkan daya kita sebagai satu bangsa dan saling membantu. Bagi mencapai hasrat ini, Cadbury Malaysia  berharap untuk memberikan wira-wira warisan tempatan kita ini pengiktirafan yang sewajarnya dengan meningkatkan kesedaran mengenai mereka bagi membolehkan mereka mengekalkan perniagaan mereka, dan menyokong sumber pendapatan mereka menerusi kempen ini.

Sertai Cadbury Dairy Milk Malaysia dalam usaha mempromosikan gerai-gerai kuih tempatan. Kempen menerusi Instagram yang dipacu oleh cinta rakyat Malaysia terhadap makanan, mengalu-alukan setiap individu untuk berkongsi gerai kuih kesukaan mereka bagi mewujudkan kesedaran serta sebagai sokongan kepada penjaja-penjaja kuih tempatan yang sentiasa mengekalkan rasa warisan zaman berzaman seperti rasa pandan dan kelapa. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyertai inisiatif ini:

  1. Kongsikan gambar gerai kuih atau penjaja kuih kegemaran anda di laman sosial dengan menggunakan tanda pagar #MYCadburyFlavours dan @Cadbury_MY
  2. Pinkan lokasi (jika berkenaan) atau sertakan nama dan lokasi gerai tersebut di dalam kapsyen anda
  3. Selain daripada itu, anda boleh menyemak suapan Instagram melalui tanda pagar #MyCadburyFlavours dan temui lokasi gerai menarik di sekitar kediaman anda.

*Penyertaan anda dalam Kempen Merdeka CDM ini menandakan persetujuan anda ke atas penggunaan gambar dan kapsyen anda untuk aktiviti pemasaran, pengiklanan dan promosi oleh penganjur di masa depan tanpa apa-apa pampasan atau notis dalam apa juga bentuk sekalipun.

**Cadbury Dairy Milk Malaysia turut menggalakkan rakyat Malaysia agar kekal selamat, berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP demi mengekang penularan COVID-19.

“Cadbury Dairy Milk telah menawan hati para pengguna di Malaysia menerusi pelbagai pilihan perisa produk coklatnya selama hampir 50 tahun. Kami amat terharu dengan sokongan daripada para pengguna kami di Malaysia selama ini. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa sebagai tanda penghargaan dan ingatan jenama kami yang telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya.

Sebagai sebuah jenama yang memperjuangkan kemurahan hati, kami berasa amat gembira kerana dapat melancarkan bukan sahaja produk tetapi kempen yang berupaya membantu perniagaan para penjaja kuih tempatan yang terus mengekalkan cita rasa tempatan ini. Semoga kita semua dapat bersatu padu sebagai satu bangsa untuk  terus #SapotLokal dan membantu pemilik perniagaan tempatan mengharungi tempoh yang serba mencabar ini,” kongsi Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Sur. 

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa boleh didapati secara eksklusif mulai Ogos di semua pasar raya utama di seluruh negara serta di dalam platform e-dagang Shopee dan Lazada pada harga runcit yang disyorkan:

  • RM 2.90 untuk 37g
  • RM 8.50 untuk 160g

Ketahui lebih lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa dan #MYCadburyFlavours dengan mengunjungi laman sesawang rasmi www.cadbury.com.my atau kekal berhubung melalui laman Facebook (www.facebook.com/CadburyMalaysia) dan Instagram  (www.instagram.com/Cadbury_MY).  

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .