Skip to main content

SCOTT’S GUMMIES DENGAN MULTIVITAMIN PENUH KEBAIKAN SEMUA NUTRIEN PENTING ELOK UNTUK KANAK-KANAK

Ramai kanak-kanak di negara membangun berdepan dengan masalah kekurangan mikronutrien. Kajian menunjukkan bahawa masalah kekurangan nutrien yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak ialah kekurangan Vitamin A dan D sehingga menjejaskan imuniti, pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Scott’s, jenama Nombor 1 di Semenanjung Malaysia untuk Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak) mengumumkan pelancaran Scott’s Gummies dengan Multivitamin (diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D & E dan Zink) yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas, bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Kebaikan Semua Nutrien Penting

Scott’s Gummies dengan Multivitamin mengandungi kebaikan semua nutrien penting berkenaan pada kadar yang sesuai untuk kanak-kanak. Pada masa sama, gummies ini turut didatangkan dalam perisa Epal dan Tropika yang enak, sesuai dengan cita rasa kegemaran mereka. 

Gummies turut datang dalam pelbagai bentuk seperti singa, monyet dan buaya, menjadikannya lebih menarik. Scott’s memasuki kategori multivitamin kerana ia merangkumi hanya 29% rangkaian Makanan Tambahan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak, dengan Vitamin C dan makanan tambahan berasaskan ikan masing-masing hanya meliputi 41% dan 30% daripada keseluruhan kategori tersebut.

Portfolio produk Scott’s yang sedia ada memberi tumpuan kepada DHA untuk perkembangan otak dan Vitamin C untuk imuniti. Oleh itu, syarikat ini sedar wujudnya keperluan untuk mengisi kelompangan dalam kategori multivitamin yang penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

 “Ramai kanak-kanak mengelak daripada mengambil makanan tertentu seperti ikan yang kaya dengan Vitamin A, B6 dan D, serta legum yang kaya dengan Zink. Scott’s Gummies dengan Multivitamin dirumus oleh pakar diet dan pemakanan bagi memberikan mikronutrien penting kepada kanak-kanak.

Kami masih menekankan bahawa diet yang baik, seimbang adalah penting bagi memastikan si kecil mendapat nutrien yang secukupnya untuk mereka membesar dengan sihat,” kata Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (GSK Consumer Healthcare), Bryan Wong.

Wong berkata, “Visi syarikat ini ialah untuk menghasilkan produk yang bermakna menerusi inovasi yang memacu perkembangan dalam kategori vitamin untuk kanak-kanak. Sebagai jenama yang sangat dipercayai, Scott’s mempunyai rangkaian produk mapan yang terus berkembang dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.”

Scott’s sememangnya bertuah kerana Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad sudi hadir pada majlis pelancaran yang diadakan secara maya ini.

“Scott’s Gummies dengan Multivitamin memudahkan ibu-bapa memastikan anak-anak mereka mendapat semua vitamin dan nutrien penting ini setiap hari dalam bentuk gummies. Semasa tempoh yang serba mencabar akibat COVID-19 ini, dan kini sekolah telah dibuka semula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa ibu bapa agar sentiasa menjaga anak-anak dan menguatkan sistem imun mereka. Kesihatan dan keselamatan mereka perlu sentiasa diutamakan,” ujar beliau.

Scott’s bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha untuk menarik pengguna bagi menikmati tawaran eksklusif apabila mereka membuat pembelian melalui platform e-Dagang Watsons. Pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah percuma.

Selain daripada itu, para peserta rancangan permainan realiti, Gen Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott’s Gummies, yang ditayangkan di TV3 dan 8TV, turut hadir pada majlis tersebut. Kesemua mereka mengambil bahagian di dalam beberapa siri permainan dan aktiviti menarik yang dianjurkan sempena pelancaran berkenaan.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin baru dalam perisa Epal dan Tropika dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol 60 biji dan RM12.60 untuk satu pek 15 biji, dan boleh didapati di semua farmasi utama.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .