Apa agaknya makanan pengganti nasi yang mampu memberikan kita tenaga ataupun energi walaupun tidak menjamah nasi! Tidak dinafikan, hampir semua di antara kita memang suka makan nasi. Tak kira siang, malam, pagi ataupun petang. Pendek kata, rutin makan tiga kali sehari kita wajib dipenuhi dengan makan nasi. Padahal makan nasi berlebihan juga boleh berpotensi membuatkan badan kita sakit. Karbohidrat yang terkandung pada nasi sangat pantas dihadamkan oleh tubuh sehingga menjadi lebih pantas meningkatkan kadar gula darah yang boleh menimbulkan penyakit diabetis. Ini adalah kerana nasi mengandungi index glycemic yang tinggi. Index glycemic (GI) adalah sukatan kepantasan suatu makanan untuk diserap dan diubah menjadi gula darah. Semakin tinggi index glycemic pada suatu makanan, bermakna semakin cepat karbohidrat di dalam makanan itu diubah menjadi gula darah dalam badan, sehingga kadar gula darah dalam badan juga menjadi lebih cepat meningkat. Di samping boleh menyebabkan penyakit diabetis, ...