Skip to main content

RANGKAIAN MESIN KOPI TERBARU ALA KAFE DARIPADA PHILIPS

Sememangnya ini berita baik buat semua pencinta kopi. Anda bakal menikmati gaya kopi gaya kafe yang segar dengan mudah dibancuh dalam keselesaan dirumah sendiri dengan hanya satu sentuhan butang dengan rangkaian mesin kopi terbaru daripada Philips.

Philips telah memperkenalkan siri mesin espresso automatik penuh (FAEM) yang baru dan mengujakan kepada pencinta kopi di Malaysia. Rangkaian ini termasuk model Saeco PicoBaristo, Philips 3200 Series LatteGo, Philips 5000 SeriesLatteGo, Philips 2200 Series dan Philips 3100 Series.

Nikmati Kopi Segar Penuh Makna

Rangkaian mesin espresso automatik penuh ini merupakan mesin khusus gred profesional buat kediaman. Hasilnya adalah pengalaman kopi yang berkualiti tinggi dengan proses yang mudah, di samping menawarkan pengalaman biji-biji kopi jatuh ke cawan dengan cepat, senang dan cepat untuk dinikmati.

Menurut Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara, Philips Malaysia, “membancuh kopi adalah satu seni, tetapi sainsnya sukar diketepikan. Inovasi terbaru dalam rangkaian mesin kami membolehkan pengguna menikmati kopi segar, seperti di kafe dengan hanya satu sentuhan butang – pada bila-bila masa tanpa perlu keluar dari rumah. Ia turut menyelesaikan dilema pengguna dengan membolehkan pengalaman membersih dan menyenggaranya yang tidak menyukarkan, lantas menjadikan kopi artisan lebih mudah dibancuh oleh sesiapa sahaja.”

Sementara itu, Cik Yip Leong Sum, Presiden Persatuan Kopi Khas Malaysia pula berpendapat, “ada banyak faktor yang memberi kesan kepada kualiti secawan kopi – daripada kualiti panggang, saiz kisaran dan suhu kepada cara ia dibancuh. 

Semakin banyak faktor ini diambil kira dan dikawal, semakin lazat rasa kopi anda nanti. Ciri pintar dalam rangkaian mesin Philips mengendalikan kesemua pembolehubah ini, dan pada masa sama, memberikan anda kebebasan untuk bereksperimen dan memperibadikan setiap secawan kopi segar yang dibancuh di rumah anda sendiri.” 

Bila Kopi Artisan Bergabung Dengan Inovasi

Setiap mesin memaparkan fungsi pintar dan intuitif, direka dengan rapi untuk membantu pengguna memperoleh secawan kopi yang sempurna disuaipadan dengan sebarang jenis mood dengan mudah, dan pada masa sama, memudahkan kerja membersih dan menyenggara daripada cawan yang pertama.

Biji Kopi Yang Segar

Kisar biji kopi sejurus sebelum ianya dibancuh untuk meraih rasa yang segar dengan menggunakan pengisar seramik yang tahan lama. Biji kopi segar dikisar lembut tanpa risiko terlebih panas, mengekstrak perisa dan aroma yang terbaik bagi memberikan rasa kopi terunggul untuk sekurang-kurangnya 20,000 cawan. 

Terokai dunia biji kopi kisar yang segar, di mana anda boleh memilih apa sahaja jenis biji kopi yang digemari dan saiz serta konsistensi kisaran yang diingini dengan satu sentuhan butang – daripada serbuk halus ke kisaran kasar. 

Untuk melindungi biji kopi anda, Aroma Seal – terletak pada bekas biji kopi, memastikan supaya aroma asli biji berkenaan dikekalkan buat jangkamasa lebih panjang, pada masa sama mengurangkan bunyi pengisar.

Disesuaikan Dengan Rasa

Pilih model mesin espresso automatik penuh yang ideal untuk menikmati kopi ala-kafe kegemaran anda. Dapatkan secangkir kopi sempurna setiap kali dengan ciri dandang Thermoblock berprestasi tinggi yang memanaskan air sehingga suhu optimum untuk setiap cawan. 

 Sistem Aroma Extract mencapai keseimbangan optimum antara suhu membancuh dan pengekstrakan aroma dengan mengekalkan suhu air antara 90 dan 98°C dan pada masa sama,mengawal selia kadar aliran air.

Nikmati sistem susu LatteGo yang terkini pada model terpilih yang menentukur suhu optimum untuk memanaskan stim dan menghasilkan buih susu – mengadun susu dan udara pada kelajuan tinggi dalam bekas buih untuk menghasilkan buih selembut sutera untuk kopi yang berasaskan susu, manakala ciri pembuih susu klasik (Classic Milk Frother) mengeluarkan stim untuk menyediakan buih susu yang lembut pada model lain.

Setiap mesin hadir dengan tetapan fleksibel yang dengan mudahnya membantu pengguna menukar kekuatan dan gaya minuman mengikut selera mereka, dengan fungsi ingatan terbina-dalam untuk merekod penetapan itu supaya pengguna boleh menggunakannya lagi dengan mudah. Terdapat juga Opsyen Serbuk untuk membancuh kopi tanpa kafein yang lazat pada bila-bila masa.

Senang Nak Dibersihkan!

Mesin ini memaparkan sistem penapisan air AquaClean yang dipaten dan pertama dalam industri yang memastikan penyahkerakan sehingga 5,000 cawan dengan penggantian penapis yang kerap . Direka untuk memperbaiki kualiti kopi dengan penapisan air, ia turut mengekang jadinya kerak dalam saluran air mesin. 

Sementara itu, sistem susu LatteGo terkini, yang direka dalam dua bahagian tanpa tiub, boleh dileraikan dengan mudahnya dan dibilas bersih di bawah air paip mengalir dalam hanya 15 saat, lalu menjadikannya sistem susu dengan pembersihan terpantas . Untuk lebih memudahkan, sistem susu, dulang lelehan dan bekas sisa bancuhan kopi LatteGo juga selamat dicuci dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Pembuih susu klasik (Classic Milk Frother), yang hadir dalam dua bahagian, juga mudah dibersihkan di bawah air paip mengalir atau dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk. Ciri lain yang membantu pembersihan mudah termasuk bahagian pembancuh kopi (brew group) yang boleh diceraikan sepenuhnya untuk pembilasan yang mudah di bawah paip air.

Mesin Kopi Philips

Harga Yang Ditawarkan

SaecoPicoBaristo (SM5473/10) (RRP RM5,999)

Philips 3200 Series LatteGo (EP3246/70) (RRP RM4,599)

Philips 5000 SeriesLatteGo (EP5335/10) (RRP RM3,999)

Philips 2200 Series (EP2220/10) (RM3,299) 

Philips 3100 Series (EP3510/00) (RM2,999) 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .