Skip to main content

PPZ-MAIWP CAPAI KUTIPAN ZAKAT 2018 POSITIF DAN CEMERLANG

Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis pengumuman kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tahun 2018. Majlis tersebut telah  dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof bersama Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Apa yang lebih membanggakan pencapaian kutipan zakat PPZ-MAIWP untuk tahun 2018 memperlihatkan peningkatan, berbanding tahun-tahun yang lepas iaitu pertambahan 6% berbanding tahun 2017 dengan jumlah kutipan sebanyak RM615,199,108.06. Hal ini jelas menunjukkan semakin ramai masyarakat, khususnya yang beragama Islam sedar akan kepentingan melaksanakan tanggungawab rukun Islam ketiga ini.

 

REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP BAGI TAHUN 2018

BilPerkara

 

2018(RM)2017(RM)Kenaikan  2018/2017  %
1.Kutipan Zakat651,228,032.94615,199,108.06+6%

 

 

BilPerkara

 

2018 (Jumlah Orang)2017 ( Jumlah Orang)Kenaikan  2018/2017  %
1.Pembayar Zakat180,958169,372+7%

 

BilKutipan Zakat Mengikut Jenis Zakat  2018  2017Kenaikan 2018/2017       %
1.Zakat Pendapatan 445,442,587.94408,848,038.25+9%
2.Zakat Perniagaan 118,140,629.41122,142,889.95-3%
3.Zakat Simpanan 45,951,227.2742,812,531.38+7%
4.Zakat Harta38,021,846.2137,738,539.11+1%
5.Qadha Zakat 777,187.411,071,490.83-27&
6.Lain – lain kutipan2,894,554.702,585,618.54+12%

 

Ternyata pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban golongan fakir miskin atau asnaf (yang layak menerima zakat) ini.Sekurang-kurangnya inisiatif yang dilaksanakan PPZ-MAIWP seumpama ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang yang amat memerlukan.

 

PERANAN SEBENAR PPZ-MAIWP

Untuk pengetahuan semua yang masih belum jelas atau keliru dengan peranan dan juga tanggungjawab PPZ-MAIWP, diperjelaskan di sini, bahawa PPZ-MAIWP merupakan badan yang bertanggungjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala Baitulmal-MAIWP pula bertanggungjawab bagi pengagihan zakat.

 

Jadi, sebelum menyalahkan mana-mana institusi adalah lebih baik kita fahami terlebih dahulu tentang peranan, fungsi ataupun objektif mereka terlebih dahulu. Kena baca dan buat research sedikit sebelum lantang bersuara!

positif

PENGAGIHAN KUTIPAN ZAKAT

Kesemua kutipan zakat yang telah diterima itu akan diagihkan oleh  pihak Baitulmal MAIWP mengikut:

  1.   Bantuan kewangan bulanan
  2.  Bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
  3. Bantuan pelajaran kepada anak-anak
  4. Bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
  5. Bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan

Di samping itu demi kelangsungan pendidikan kepada semua golongan, pihak Baitulmal juga turut menyediakan pelbagai kemudahan.Antaranya:

  1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
  2. SMA- MAIWP Labuan
  3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
  4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
  5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
  6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
  7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
  8. Pondok moden Al-A’Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
  9. Ma’alim al – Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah

Manakala bagi Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula:

  1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
  2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
  3. Darul Hidayah – perlindungan untuk muallaf

Untuk tahun 2019 ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 orang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

Antara Perancangan PPZ-MAIWP Bagi Tahun 2019:

  1. Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
  2. Kempen Penambahan Potongan Gaji.
  3. Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
  4. Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.
  5. Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
  6. Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.
  7. Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.
  8. Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
  9. Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.
  10. 10.Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.
  11. Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
  12. Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.
  13. Kempen Skim Thohir di sektor awam.
  14. Kolaborasi bersama pihak luar.
  15. Menambahbaik saluran bayaran zakat.
  16. Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
  17. 17.Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
  18. Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.
  19. Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.
  20. Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.

positif

Nampaknya Pusat Pungutan Zakat begitu komited untuk membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan.  Sekiranya anda tergolong dalam asnaf yang benar-benar memerlukan bantuan,jangan teragak-agak untuk menghubungi PPZ-MAIWP. Begitu juga buat anda yang mahu berzakat atau inginkan pencerahan yang lebih jelas tentang zakat, hubungi pihak PPZ-MAIWP kerana mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Berzakat (jika cukup syaratnya) yang telah kita lakukan ini bukan hanya memberikan manfaat kepada kehidupan kita dan juga asnaf yang berhak. Malahan turut menjana ekonomi umat Islam itu sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak merebut peluang baik ini untuk sebuah kehidupan yang lebih berkat dan mulia di sisi Nya!

Untuk keterangan lanjut, sila layari

Website: www.zakat.com.my

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .