Skip to main content

PROJEK KEMBALI KE SEKOLAH #darihati123MAMANET 5.0 DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Setiap kali bila tiba hujung tahun, program Kembali Ke Sekolah memang akan menjadi acara ‘wajib’ di kalangan mereka yang sering terlibat dengan projek amal (CSR) dan kebajikan. Tidak terkecuali Portal majalah Harian Wanita,  123mamanet.com turut terlibat dalam projek AMAL (CSR) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan baru-baru ini.

Program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat Penerbitan Dea Marissa Resources (DMR)  untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat  anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam. Turut hadir memberi sokongan untuk majlis berkenaan ialah  Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad.

 

 

 

 

kembali ke sekolah
Team 123mamanet bergambar kenangan bersama Datuk Bandar Shah Alam (kiri) dan Puan Mastura Mohd Shah (kanan).

Barang Sumbangan di Booth 123mamanet Langsai Dalam Tempoh Singkat!

Seperti yang telah diduga, barang-barang sumbangan berbentuk barangan sekolah dan penjagaan diri memang menjadi rebutan di kalangan penerima. Dalam tempoh tidak sampai setengah jam, kesemua barangan yang telah disumbangkan oleh pihak penaja daripada pihak korporat dan individu itu, telah laku keras! Segalanya PERCUMA! Ternyata sumbangan kita yang tidak seberapa itu sangat diharap dan dihargai oleh mereka yang memerlukan.

kembali ke sekolah
Sebahagian daripada penerima yang sudah beratur sejak awal pagi sebelum dilepaskan untuk mengambil barang secara PERCUMA di booth-booth penyumbang.

kembali ke sekolah

“Saya memang sangat berminat dan akan sentiasa menyokong Projek Amal #darihati123mamanet ini dari semasa ke semasa,” kata Puan Mastura Mohd Shah, 38, Pengasas Produk Teh Hijau Stead an Pengarah Urusan Dzara Health & Beauty ketika hadir di acara berkenaan. Beliau telah menyerahkan sumbangan set alat tulis kepada 50 orang anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

kembali ke sekolah

Secara tak langsung kita sama-sama dapat membuat kebajikan dan membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Terima kasih Dzara Health & Beauty, Guardian Malaysia & para individu berhati mulia yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan projek amal DMR ini.

kembali ke sekolah

Projek 123mamanet Dan DMR Diteruskan

Bagi anda yang ingin membantu atau join kami (beri sumbangan atau jadi volunteer) untuk misi yang akan datang, projek CSR DMR #darihati123mamanet 5.0 jangan lupa cari kami di https://www.facebook.com/harianwanita/

Ayuh, kita sama-sama membuat kebaikan walaupun mungkin hanya sedikit dan tak sebesar mana! Jumpa lagi dalam program amal di tahun 2019!

#darihati123mamanet

#projekamal

#ecofreemarket

#carfreeday

#csr

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...