Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP CARA MUDAH AJAR ANAK MENABUNG

Sediakan payung sebelum hujan! Menabung, selain berguna untuk masa depan, kebiasaan menabung turut mampu membentuk keperibadian anak! Sebagai ibu bapa kita perlu mendidik atau mengajar anak menabung sejak kecil. Justeru, ini ada berita baik. PPZ-MAIWP telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat bagi mendidik anak-anak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Tabung Didik Zakat ini boleh dijadikan tempat menyimpan duit terbaik ,selain daripada disimpan di bank-bank dan sebagainya. Menabung dalam Tabung Didik Zakat ini mampu menggalakkan kanak-kanak belajar menguruskan perbelanjaan. Tabung Didik Zakat Ppz-Maiwp Tabung didik ini merupakan salah cara untuk mendidik generasi muda ‘alert’ dengan zakat. Menunaikan zakat itu merupakan satu tuntuan Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam yang telah cukup syarat-syarat berzakat. Dengan mendidik dan memperkenalkan cara menjaga kewangan yang baik serta kewajipan berzakat, insya-Allah anak-anak ini akan membesar menjadi peribadi yang lebih bertanggungjawab...

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP MUDAHKAN BAYAR ZAKAT

Hujung-hujung tahun ni  nampaknya masih ramai lagi yang sibuk dengan urusan masing-masing.bagi yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan zakat,tiada alasan lagi. Pembayaran zakat kini lebih mudah menerusi kaunter zakat bergerak. Pelbagai cara dan usaha yang telah dibuat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi membantu memudahkan orang ramai atau masyarakat Islam dalam menunaikan kewajipan berzakat.Antaranya menyediakan Kaunter Zakat Bergerak. Lokasi Terpilih Kaunter Zakat Bergerak Setiap tahun, Kaunter Zakat Bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak ini bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat. Bahkan dapat mengelak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Terdapat banyak lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memudahkan orang ramai membuat bayaran dan juga semakan zakat. Anda hanya perlu hubungi talian zakat di 1 3...

BAYARAN ZAKAT KINI HANYA DI HUJUNG JARI MELALUI KEMUDAHAN PERBANKAN

Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh dilunaskan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui kemudahan perbankan. Untuk maklumat anda, terdapat 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu datang terus ke kaunter, bayaran secara online melalui protal PPZ, ejen perbankan, skim Thohir, auto debit maybank dan melalui MyEG. Secara umumnya Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan 11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Selain itu, terdapat kemudahan pembayaran melalui portal  zakat.com.my . Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan dan pembayaran zakat secara online menerusi FPX.   Bahkan, bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP telah menjalinkan kerjasama dengan hampi...

PROJEK KEMBALI KE SEKOLAH #darihati123MAMANET 5.0 DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Setiap kali bila tiba hujung tahun, program Kembali Ke Sekolah memang akan menjadi acara ‘wajib’ di kalangan mereka yang sering terlibat dengan projek amal (CSR) dan kebajikan. Tidak terkecuali Portal majalah Harian Wanita,  123mamanet.com turut terlibat dalam projek AMAL (CSR) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat Penerbitan Dea Marissa Resources (DMR)  untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat  anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam. Turut hadir memberi sokongan untuk majlis berkenaan ialah  Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad.         Team 123mamanet bergambar kenangan bersama Datuk Bandar Shah Alam (kiri) dan Puan Mastura Mohd Shah (kanan). Barang Sumbangan di Booth 123mamanet Langsai Dalam Tempoh ...

JOM CARI PAHALA DUNIA, KEJAR SAHAM AKHIRAT!

Pilihan hidup sentiasa di tangan kita. Bergantung kepada kebijaksaan dan kekuatan iman kita dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Mahu mengejar kenikmatan duniawi sahaja atau mahu seiring mengejar saham  akhirat! Ada yang kata, jika kita memilih tujuan hidup untuk akhirat, insyaAllah kita akan memperoleh kebahagian di akhirat dan di dunia. Sebaliknya jika memilih duniawi, maka kita hanya akan memperoleh sebahagian kenikmatan dunia dan saham kita di akhirat nanti bagaikan tin kosong, yang tidak memberikan apa-apa makna. Proses mengeluarkan zakat adalah asas kesempurnaan dan ketakwaan kita sebagai seorang muslim dalam melaksanakan kewajipan menunaikan salah satu daripada rukun Islam kelima. Membayar zakat wajib dilakukan jika telah cukup syarat-syaratnya. Kaunter Di Buka Sepanjang Disember Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membuat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat mereka sebelum tahun 2018 berakhir.An...

REPLIKA AIS KRIM TERBESAR MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

Baru-baru ini, lebih 200 orang kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim di sekitar Johor bersama-sama Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort telah memanfaatkan 8,000 batang aiskrim bagi membina Replika Ais Krim Terbesar Menggunakan Bahan Kitar Semula. Replika aiskrim menakjubkan ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang mana ianya telah berjaya disenaraikan ke dalam Malaysia Book of Records. Bertemakan seni mesra alam, Paddle Pop telah membina rangka replika aiskrim tersebut. Anak-anak yatim berkenaan kemudiannya berusaha mengumpul batang-batang aiskrim menerusi beberapa siri permainan yang menyeronokkan. Batang aiskrim berkenaan kemudiannya diwarnakan bagi menghasilkan replika aiskrim yang bertemakan pelangi. Replika aiskrim terbesar berukuran 3.2 meter tinggi, 1.2 meter lebar dan berkedalaman 0.1 meter (11 kaki x 4 kaki) itu ditempatkan di LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri. Struktur aiskrim bertemakan pelangi itu dipilih kerana ia melambangkan Papple Pop sebaga...