Skip to main content

NAK CARA MENGHILANGKAN BULU KAKI YANG LEBAT NI? DI SINI ADA 6 TEKNIK PALING EFEKTIF!

Ada ramai wanita yang berasa kurang selesa dengan kemuculan bulu-bulu halus di kakinya dan berusaha mencari cara menghilangkan bulu kaki tersebut.

Jadi, dikongsikan  beberapa cara menghilangkan bulu kaki jika anda berasa tidak selesa dengan adanya bulu kaki tersebut. Apatah lagi, jika ia tumbuh lebat!

Kaki menjadi salah satu aset kecantikan wanita yang akan jadi kurang menarik akibat bulu-bulu lebat yang tumbuh.

Kepada encik suami pula, elok anda tahu hal ini. Jangan nanti anda suruh isteri anda cabut bulu kakinya satu persatu pula ya. Dahlah memang sakit gila, tapi takut dapur pula tak berasap sebab asyik layan bulu kaki saja.

Bila kaki dah licin takkan nak biarkan ketiak pula hitam kan? Di sini ada cara macam mana nak putihkan ketiak yang hitam.

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

cara menghilangkan bulu kaki

6 CARA MENGHILANGKAN BULU KAKI YANG BOLEH DICUBA:

  1. MENCUKUR

Mencukur adalah cara yang paling kerap digunakan. Teknik yang paling efektif adalah dengan mencukur searah ke arah pertumbuhannya.

Pakailah pisau cukur yang bersih dan baru kerana pisau cukur yang tidak tajam akan melukakan kulit.

Basahkan kaki dengan air panas suam kerana ia akan membuka liang pori-pori kulit. Gunakan krim khas untuk bercukur dan sapukan pada kaki.

Mulakan mencukur bulu kaki dari abawah ke atas supaya pencukurannya sampai pada pangkal kulit dan mengurangkan iritasi kulit.

Ketika mencukur bulu kaki, peganglah kulit tegang supaya tidak timbul ruam.cara menghilangkan bulu kaki

  1. WAXING

Waxing sering digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bulu kaki yang biasa digunakan untuk menghilangkan bulu-bulu halus pada misai, janggut dan juga kawasan kemaluan.
Cara ini cukup efektif dan efisien  dibandingkan dengan mencabut atau mencukur kerana dengan waxing, bulu-bulu akan tercabut sehingga ke akar sekali.

Setelah melakukan waxing, jangan lupa menyapu krim anti bakteria supaya tidak terjadi infeksi.

Semakin kerap melakukan waxing, maka risiko infeksi akan mengecil. Selain itu, biarkan bulu sedikit panjang, paling kurang 1,5cm supaya ianya dapat tercabut dengan lebih sempurna.

Teknik waxing yang paling popular ialah Brazilian Wax, di mana prosesnya menggunakan lilin cair pekat dan sepotong kain atau plaster.cara menghilangkan bulu kaki

  1. LASER HAIR REMOVAL

Bagi yang ingin menghilangkan bulu kaki dengan cepat dan mencegahnya tumbuh kembali tanpa perlu melakukan secara rutin penjagaannya, kaedah laser mungkin boleh dicuba.

Dibandingkan dengan cara lain, teknik laser ini tidak terlalu menyakitkan. Sinaran laser ditembak ke kawasan tertentu yang diserap oleh folikel rambut sehingga pertumbuhan rambut akan terganggu.

Risiko yang mungkin terjadi ketika melakukan rawatan laser iaitu kulit menjadi lebih gelap, luka melepuh sehingga kulit terbakar, infeksi sehingga meninggalkan parut.cara menghilangkan bulu kaki
SELAIN MENGGUNAKAN CARA MODEN, KITA JUGA BOLEH MEMILIH CARA SEMULAJADI UNTUK MENGHILANGKAN BULU KAKI. ANTARANYA: 

  1. PUTIH TELUR

Ternyata putih telur bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan kulit, tetapi mampu menghilangkan bulu kaki.

Campurkan putih telur, sedikit tepung jagung dan gula. Kacau sehingga merata dan membentuk pes.

Sapukan pes campuran tersebut pada kaki. Biarkan sehingga benar-benar kering.

Setelah itu tarik pes campuran yang sudah kering dan beberapa bulu kaki yang melekat pada pes ditarik. cara menghilangkan bulu kaki

5. KAPUR SIRIH

Kapur sirih berkesan dalam membantu menghilangkan bulu-bulu kaki. Kapur sirih cukup panas dan mampu merosakkan bulu-bulu kaki.

Jika ingin menggunakan kapur sirih sebagai cara untuk menghilangkannya, harus dipertimbangkan dengan baik kerana memerlukan perhatian yang lebih.

Ini adalah kerana jika kita menggunakannya dalam jumlah yang terlalu banyak, kapur sirih ini mempunyai potensi untuk membakar kulit kerana kepanasannya.cara menghilangkan bulu kaki

6. GULA DAN LEMON (WAX SEMULAJADI)

Cara menghilangkan bulu kaki secara semulajadi yang boleh dicuba.  Pastikan anda basuh kaki bersih hingga hilang semua daki-daki dan bakteria.

Bahan-bahannya:

1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 jus lemon/limau nipis

Bahan lain yang diperlukan:

💠Dapur
💠Periuk
💠Sudu
💠Popsicle Stick
💠Botol kaca
💠Fabrik kain kapas (boleh gunakan potongan  t-shirt cotton terpakai tetapi bersih)
💠Bedak bayi (sebelum sapu wax)
💠Minyak bayi (selepas wax)

Campur semua ramuan dan jerang dengan api sederhana (lebih kurang 16 minit) sehingga pekat dan berwarna seperti caramel. Awas! Jangan sampai keras.

Setelah sejuk campuran bahan tersebut, sapukan pada kaki yang ingin dihilangkan bulunya. Pakailah kain bersih untuk menarik bulu-bulu tersebut.cara menghilangkan bulu kaki

 

Cara menghilangkan bulu kaki dengan campuran bahan semulajadi ini mampu menanggalkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan terasa lebih lembut.

[kad_youtube url=”” ]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...