Skip to main content

7 MASALAH WANITA PAKAI TUDUNG, LELAKI PATUT TAHU!

Anda baru saja berhijrah memakai tudung atau hijab? Sebagai orang baru, pasti ada sahaja yang tak kena. Jadi, jom ketahui beberapa  masalah wanita bila pakai tudung ini.

Rasa bingung, seolah-olah hilang keyakinan diri pasti datang dan menjadi masalah wanita yang mahu melakukan sesuatu yang baru dalam hidupnya, termasuklah apabila memutuskan untuk bertudung ataupun berhijab.

Kadang-kadang ada sahaja perkara-perkara yang membuatkan kita rasa bengang ketika mengenakan tudung dan beberapa perkara ini mungkin menjadi perkara yang paling tidak disukai oleh para hijabers.masalah wanita

BACA: 6 JENIS TUDUNG FAVOURITE PILIHAN WANITA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BERIKUT BEBERAPA MASALAH WANITA BERTUDUNG YANG SERING TERJADI DI KALANGAN HIJABERS:

  1. KAIN TUDUNG BERKEDUT SERIBU!

Tak ada siapa yang suka pakai tudung yang berkedut seribu. Biasanya, jika begini, tudung menjadi tidak mudah dibentuk dan kelihatan tidak kemas.

Jika tidak mahu tudung yang dipakai nampak berkedut tanpa perlu digosok, adalah lebih baik jika basuh tangan dan keringkan dengan cara mengantungnya dengan dua penyepit baju (yang menahan supaya tudung tetap lurus).

Jadi, apabila sudah kering nanti kita tak perlu risau masalah berkedut. Di samping itu, pilih material tudung yang tahan kusut yang  biasanya diperbuat dari lycra, jersey, nylon atau polyester.masalah wanita

  1. KAIN TUDUNG LICIN

Sekiranya kita baru mengenakan tudung dan masih belum mahir, pemakaian  kain tudung dari material licin atau tudung satin memang amat menyeksakan.

Walaupun kita menyukai corak ataupun warnanya, tetapi jika licin dan susah untuk digayakan pasti akan menyusahkan diri kita sendiri.

Sebaiknya kita lebih selektif dalam memilih material tudung. Satin silky, satin sutera, satin emboss dan satin regular sebaiknya dihindari kerana begitu licin ketika dipakai.

Untuk membentuknya sedikit sukar dan banyak menggunakan bantuan jarum peniti untuk menahannya dari ditiup angin.masalah wanita

  1. TUDUNG BERBAU ASAP

Ketika menaiki kenderaan awam ataupun berada di tempat umum, seringkali asap kenderaan dan asap rokok menjadi salah satu penyebab yang meninggalkan bau pada kain tudung kita.

Perkara ini memang menjadi masalah wanita bertudung yang sangat menyakitkan hati, kerana ia seakan-akan kita pula yang merokok hanya disebabkan tudung berbau asap rokok!masalah wanita

  1. TUDUNG BERBAU HAPAK

Kita seolah-olah memakai tudung yang masih belum dibasuh jika berbau hapak!

Adakanya tudung meninggalkan bau hapak disebabkan kita terlalu lama menyimpannya dalam almari ataupun kerana terkena asap kenderaan.

Ataupun boleh jadi juga disebabkan sikap malas kita yang kurang menitikberatkan soal menjaga kebersihan tudung kita.Paling utama, kita perlu rutin menukar anak tudung/inner setiapkali berasa kotor, berpeluh atau lembab.masalah wanita

  1. TUDUNG COMOT TERKENA MAKANAN

Ketika menikmati hidangan, kita memang patut berhati-hati. Jika tidak, silap haribulan hujung tudung boleh tercelup ke dalam pinggan, sup, terkena kuah dan sebagainya.

Tudung yang dah nampak kotor atau comot tentunya membuatkan kita berasa tidak selesa untuk memakainya.masalah wanita

  1. TUDUNG PENYET DITIUP ANGIN DAN DIHEMPAP TOPI KELEDAR

Perkara ini sering dialami ketika kita menaiki atau menunggang motosikal. Pemakaian topi keledar membuatkan tudung rosak, belum lagi ditiup angin.

Kita memerlukan jarum peniti yang banyak untuk menghindari angin, tetapi elakan memakai kerongsang atau brooch kerana ia akan membuatkan kepala terasa sakit.

Bahkan pemakaian kerongsang juga akan membuatkan tudung menjadi tidak keruan apabila kita membuka topi keledar.

Sebaiknya pilih tudung material cotton tebal kerana ia lebih mudah untuk dibentuk kembali. Ketika memakai topi keledar, cuba arahkan ke belakang sedikit. Setelah itu, barulah arahkan ke depan lagi. masalah wanita

7. TERPENGARUH DENGAN GAYA TUDUNG DALAM YOUTUBE

Ramai wanita yang gemar memakai tudung berbelit-belit sebab terpengaruh dengan gaya tudung dalam youtube atau majalah. Nak buat tapi tak pandai, susah buat sebab tudung tak cukup panjang, dah jadi tapi tak sesuai dengan bentuk muka atau banyak lagi masalah yang berkait rapat.

Akhirnya mungkin ada yang berjaya selepas berjam-jam di depan cermin atau putus asa dan pilih tudung ‘segera’ sahaja. Sarung dan pin, siap!masalah wanita

Itulah beberapa masalah wanita bertudung yang biasa terjadi dan boleh ‘potong mood’ kita seharian. Semoga artikel ini bermanfaat untuk para hijabers.

Sumber gambar: Internet

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...