Skip to main content

JAGA-JAGA! ADA 6 PENYEBAB JERAWAT DI KEMALUAN

Jangan terkejut ok, jerawat bukan setakat boleh tumbuh di muka kita sahaja, tetapi boleh juga tumbuh di kawasan-kawasan yang sensitif seperti jerawat di kemaluan. Masalah ini sering dialami oleh kaum wanita.

Apa yang membezakan jerawat di muka adalah kerana kelenjar minyak, manakala jerawat di kemaluan pula saling berkait dengan kelenjar peluh (apocrine). Kelenjar ini akan membentuk jerawat ketika tersumbat.

BACA: CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN CARA PANTAS

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

jerawat di kemaluan

BERIKUT BEBERAPA PENYEBAB JERAWAT DI KEMALUAN YANG PERLU KITA KETAHUI

  1. HORMON

Hormon progesterone mempunyai  kesan yang sama pada kelenjar apocrine, seperti juga kelenjar minyak pada muka atau belakang badan.

Peningkatan progesterone yang tinggi akan menyebab ketidakseimbangan hormon pada tubuh wanita. Keadaan ini akan menyebabkan penyumbatan lemak pada pori-pori kulit.

Pori-pori ini ‘meradang’ sekaligus menyebabkan tumbunya jerawat di kemaluan. Jadi, sebab tulah ramai di antara kita yang mengalami masalah jerawat di kemaluan menjelang waktu period atau menstruasi.

jerawat di kemaluan

  1. MALAS BERCUKUR

Jangan culas mencukur bulu kemaluan. Tapi hati-hati ketika mencukur, jangan sampai melukakan pori-pori bulu kemaluan. Jika terluka, selama proses pemulihan pori-pori tersebut menutup dan membawa sama folikel bulu-bulu akan menyebabkan tumbuhnya bintik-bintik kecil mirip seperti jerawat.

Biasanya selepas menstruasi atau datang period, masih ada sisa-sisa bakteria yang melekat pada kulit ataupun bulu kemaluan. Ia bukan sahaja menyebabkan kulit vagina iritasi, tetapi juga boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

jerawat di kemaluan

  1. MAKANAN BERPENGAWET DAN BERLEMAK TINGGI

Tanpa disedari makanan olahan atau berpengawet seperti makanan dalam tin dan makanan ringan mengandungi natrium dan lemak yang tinggi boleh menjadi punca jerawat di kemaluan.

Ini adalah kerana lemak akan menutupi pori-pori kulit, termasuk pori-pori di kemaluan atau vagina. Cuba hadkan mengambilan makanan yang mengandugi bahan pengawet. Sebaliknya ganti dengan makanan berserat yang memudahkan metabolisme.

jerawat di kemaluan

  1. KURANG MENJAGA KEBERSIHAN VAGINA

Setelah membuang air kecil atau air besar, pastikan kita betul-betul bersih membilasnya dengan air yang mengalir.
Jangan hanya sekali cebok! Sisa air kencing bukan hanya berisiko menyebabkan infeksi vagina seperti keputihan. Malahan masalah jerawat ini juga tidak mustahil akan tumbuh kerana bakteria yang terkandung di dalam urine tersebut.

jerawat di kemaluan

  1. SELUAR DALAM KETAT

Biasakan memakai seluar dalam yang selesa dan sepadan, bukannya terlalu ketat. Ini adalah kerana seluar dalam yang terlalu ketat akan membuatkan perjalanan udara di sekitar alat suit kita akan menjadi terhad.

Peluh pula akan menyebabkan bakteria, dan pada ketika bakteria ini bergesal dengan kulit dan seluar dalam kita, ia akan membuatkan kulit iritasi dan jerawat di kemaluan.

jerawat di kemaluan

  1. LIAT MENGGANTI TUALA WANITA

Jangan hanya menukar atau mengganti tuala wanita ketika darah haid kita sudah melimpah atau penuh.

Sebaiknya, tukarlah setiap empat jam bagi menghindari kelembapan pada kulit. Jika kulit lembab teriritasi,akan terjadi luka terbuka yang mana akan terdedah pada bakteria. Tanpa disedari bakteria ini boleh merebak pada bahagian tubuh lain termasuklah kawasan vagina.

Masih ada beberapa penyebab lain munculnya jerawat di kemaluan. Di antaranya disebabkan penggunaan sabun basuh pakaian yang tidak sesuai, stress dan masalah kesihatan yang lain.

Jerawat di kemaluan

Jerawat di kemaluan tidak perlu dipicit kerana ia boleh menimbulkan peradangan. Namun, jika masih ragu-ragu apakah jerawat tersebut berbahaya atau tidak, boleh sahaja membuat pemeriksaan doktor dengan lebih lanjut bagi mendapatkan kepastian.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...