Jika kesan-kesan penuaan seperti garis-garis halus mula kelihatan, sudah pasti kita akan berusaha mencari cara menghilangkan kedutan di muka! Apatah lagi jika usia kita sudah melewati 30-an. Kita tentunya masih mengharapkan memiliki kulit mulus tanpa sebarang masalah. Garis-garis halus atau kedutan yang kelihatan di bawah mata atau hujung kelopak mata merupakan salah satu dari tanda-tanda penuaan. Penyebab munculnya kedutan di muka yang utama adalah kerana faktor usia. Kulit juga mengalami penuaan! Namun, kedutan di muka ini boleh juga terjadi pada usia remaja. Faktor penyebabnya termasuklah kekurangan vitamin, gaya hidup yang tidak sihat, stress, depresi dan pencemaran. Di samping itu, pengambilan makanan segera atau kudapan ringan juga boleh menyebabkan kedutan di muka muncul lebih cepat. Ramai di antara kita yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kecantikan termasuklah bagi menghilangkan kedutan di muka. Bagi kita yang kekurangan bajet dan ingin tahu cara tradi...