Skip to main content

Skirt Labuh Muslimah Agar Anda Tampil Lebih Feminin

Trend memakai skirt labuh di kalangan muslimah kini bukan lagi sesuatu yang pelik. Pemakaian skirt labuh muslimah akan membuatkan anda tampil lebih feminin dan anggun.

 

Tolak tepi masalah tubuh badan anda sama ada anda rendah, rendang, gempal atau apa-apa saja yang boleh merencatkan hasrat anda mahu memakai skirt. Tipnya mudah saja. Untuk kategori badan yang disebut di atas, pakailah skirt yang berpotongan lurus dan diperbuat daripada fabrik lembut. Elakkan mempakai skirt kembang dan beropol-ropol atau fabrik jenis keras.

 

[btn text=”CARA PILIH SKIRT IKUT BENTUK TUBUH, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/tip-pilih-skirt-labuh-sesuai/” target=”_blank”]

 

Jadi, sekiranya anda ingin tampil lebih anggun dan nampak matang, janganlah ragu-ragu untuk menggayakan skirt labuh muslimah.

 

skirt labuh muslimah

 

Betul! Tak percaya? Ok, Mamanet kongsikan beberapa contoh yang boleh membuatkan anda berasa lebih bersemangat untuk bergaya dengan skirt labuh muslimah ini.

 

  1. skirt labuh muslimahBlouse

Anda boleh memilih blouse untuk dipadu padankan dengan skirt labuh ini. Perhatikan pemilihan warna, motif dan juga ukuran baju yang ingin anda gayakan bersama skirt tersebut, pilihlah yang sesuai dan selesa dipakai.

 

 

Skirt labuh jenis chiffon juga sepadan apabila digayakan bersama blouse. Lebih-lebih lagi jika anda pilih warna-warna pastel seperti warna coklat. Sesuai digayakan untuk ke majlis formal ataupun semi formal.

 

 

  1. skirt labuh muslimahBaju Berlengan Panjang

Salah satu baju yang sesuai digayakan dengan skirt labuh ialah baju berlengan panjang atau sweater. Boleh gayakan dengan skrit labuh berwarna ataupun polos.

 

Untuk nampak lebih kemas dan anggun, jangan lupa masukkan tersebut ke dalam skirt. Selain itu, anda boleh juga gandingkan bersama aksesori seperti tali pinggang, cermin mata dan beg tangan supaya nampak lebih stylish.

 

 

 

  1. skirt labuh muslimahKemeja Polos

Bagi anda yang ingin mengayakan skirt labuh ini ke pejabat ataupun menghadiri acara formal, anda boleh memilih kemeja polos atau kemeja berkolar lebar.

 

Untuk tampil lebih stylish, pilih skrit labuh muslimah yang berpotongan payung, bermotif dan masukkan baju tersebut ke dalam skirt.

 

 

 

 

  1. skirt labuh muslimahBlazer atau Kardigan

Ketika anda menggayakan skirt labuh ini dengan blazer atau kardigan, sebaiknya anda pilih material skirt yang lembut dan berpotongan lurus.

 

Anda juga boleh tampil berani dengan skirt berwarna terang seperti warna-warna stabilo.

 

Kombinasikan blazer atau kardigan dengan baju lengan pendek dan jangan lupa masukkan baju tersebut di bawah blazer ke dalam skirt labuh muslimah tersebut agar anak kelihatan lebih fashionable.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...