Skip to main content

Garam Buluh Sejuta Khasiat Untuk Muka Halus Mulus

Apa itu garam buluh? Tentu ramai yang tertanya-tanya kan…  Kalau nak tahu, garam buluh adalah garam laut yang telah dikeringkan secara semulajadi oleh cahaya matahari.

 

Garam buluh tersebut kemudianya dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali bagi mendapatkan garam yang berkualiti dan kaya dengan mineral semulajadi.

 

Garam buluh ini mempunyai sejuta khasiat  yang bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan manusia. Malahan, boleh digunakan untuk  merawat kecantikan muka.

Garam buluh

 

Berikut beberapa khasiat garam buluh untuk kecantikan wanita:

1.Mengawal Kandungan Minyak

Kadar minyak yang berlebihan pada muka boleh menyebabkan kulit menjadi kusam.

 

Jadi, sebab itulah ramai di antara kita yang mencari cara untuk mengatasinya. Garam buluh dipercayai dapat mengawal kadar minyak yang berlebihan terhadap kemunculan jerawat.

 

Caranya juga sangat mudah, anda hanya perlu wapkan muka dengan menggunakan air garam pada setiapmalam sebelum tidur ataupun membilas muka dengan menggunakan air garam tersebut.

 

 

  1. Melembutkan Kulit

Tekstur garam yang kasar berupaya membantu menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan muka nampak kusam dan kasar.

 

Selain itu, garam juga mampu menghapuskan bintik-bintik hitam yang menyumbat pori-pori.

 

Jadikan garam ini sebagai skrub. Campurkan dua atau tiga sudu besar garam tersebut dengan sedikit air panas. Gaul sehingga rata, setelah itu terapkan skrub tersebut ke muka sambil melakukan urutan ringan. Biarkan selama 15 minit, sebelum dibilas dengan air bersih.

 

 

  1. Menyembuhkan Jerawat

Jeawat disebabkan oleh bakteria. Mencuci muka dengan menggunakan garam buluh dikatakan dapat membunuh bakteria-bakteria secara efektif. Namun, elakkan terkena pada bahagian mata kerana ia sangat pedih.

 

 

 

  1. Menghilangkan Tompok-Tompok Hitam

Selain menyembuhkan jerawat, khasiat garam buluh juga boleh digunakan untuk menghilangkan tompok-tompok hitam atau tona tidak sekata pada muka.Kandungan 76 zat galian(mineral) dapat memperbaiki jaringan kulit yang rosak.

 

Selain itu penggunannya juga boleh menegangkan kulit muka. Anda hanya perlu masukkan 3-4 sudu besar garam ke dalam segelas air panas. Kemudian celupkan tuala bersih ke dalam campuran air garam tersebut.

 

Kemudian perah sedikit dan gunakan tuala tersebut untuk menutup muka anda. Biarkan selama 15 minit, setelah itu barulah dibilas dengan air biasa.

 

Setelah itu, urut muka dengan sedikit air garam dan beberapa titis minyak zaitun secara lembut dengan gerakan melingkar.

 

Bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya dua kali seminggu. Insya-Allah, kesan tompok-tompok hitam di muka akan berkurangan.

 

 

Selamat mencuba dengan rahsia kebaikan garam buluh ini. Proses yang perlu dilakukan juga tidak sukar. Kecantikan anda pasti terserlah!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...