Skip to main content

Cara Putihkan Badan Dengan Bahan-Bahan Dapur

Memiliki kulit badan yang putih bersih tentu menjadi impian ramai wanita. Jadi, sebab itulah ada di antaranya sanggup menggunakan pelbagai cara putihkan badan. Antara seperti menyuntik vitamin C dan sebagainya!

 

Sebenarnya anda juga boleh memiliki kulit putih bersih dengan mudah dan murah iaitu dengan menggunakan bahan-bahan dapur. Apakah bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk putihkan badan?

 

[btn text=”KETAHUI PUNCA KULIT TIDAK SEKATA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/punca-tona-kulit-tak-sekata/” target=”_blank”]

 

cara putihkan badan

 

Berikut beberapa tip semulajadi yang boleh digunakan sebagai cara putihkan badan terutama di kawasan-kawasan gelap di siku dan lutut akibat penebalan sel kulit:

 

1.cara putihkan badanYogurt

Minuman fermentasi susu ini elok untuk kulit. Bukan setakat diminum, tetapi juga bagus untuk disapu pada ketiak, leher, lutut dan siku yang gelap.

 

Khasiatnya mampu mencerahkan dan melembabkan kulit. Anda hanya perlu campurkan sedikit air perahan lemon bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

 

Untuk mencerahkan bahagian muka, anda boleh menggunakannya sebagai masker. Biarkan selama lebih kurang 10 minit, kemudian barulah dibasuh sehingga bersih.

 

  1. cara putihkan badanLemon/Limau Nipis

Air perahan lemon ataupun limau nipis mengandungi vitamin C yang tinggi. Khasiatnya boleh digunakan sebagai salah satu cara putihkan badan atau mencerahkan kulit.

 

Sapukan secara merata di kawasan gelap apda pagi dan malam hari bagi mendapatkan hasil yang lebih bagus.

 

Selain itu, anda boleh juga menggunakan teknik mudah ini. Belah lemon atau limau nipis menjadi dua bahagian.Kemudian gosoklah belahan tersebut ke muka ataupun bahagian badan yang lain.

 

 

  1. cara putihkan badanSengkuang

Hancur atau haluskan dua biji sengkuang dengan blender. Kemudian gunakan sebelum mandi sebagai lulur.  Biarkan sehingga 20 minit atau sehingga kering.

 

Setelah itu teruslah mandi dan bersihkan sisa-sisa dari lulur sengkuang tersebut. Zat yang terkandung di dalam sengkuang bukan hanya bermanfaat untuk memutihkan kulit, tetapi mampu memberikan efek segar di kulit anda.

 

 

  1. cara putihkan badanMinyak Zaitun Dan Beras Pulut

Beras pulut dipercayai dapat memutihkan dan mencerahkan kulit dengan pantas. Manakala minyak zaitun pula mampu menjaga kelembapan kulit.

 

Kedua campuran ini boleh digunakan sebagai salah satu cara putihkan badan secara semulajadi yang sangat efektif. Ambil secawan beras pulut dan haluskan. Kemudian campurkan minyak zaitun secukupnya sehingga membentuk pes.

 

Setelah itu, sapukan pada seluruh bahagian badan secara merata. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering, kemudian bilaslah dengan air bersih. Buatlah secara teratur pada setiap hari sebelum mandi bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

 

 

  1. cara putihkan badanPutih Telur Dan Limau Nipis

Campurkan putih telur dengan air perahan limau nipis. Pukul hingga berbaur sebati.

 

Setelah itu panaskan seketika sehingga kedua ramuan tersebut kelihatan lebih pekat.

 

Setelah sejuk, gunakan krim ini sebagai bahan lulur setiapkali hendak mandi. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering, kemudian mandilah supaya sisa-sisa krim tersebut dapat dibersihkan dengan sempurna.

 

Demikian tip atau cara putihkan badan secara semulajadi yang cukup mudah untuk dipraktikan di rumah serta tidak memerlukan modal yang besar.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...