Skip to main content

Cara Melangsingkan Badan Dengan Berpuasa, Wajib Cuba!

Masih berhajat untuk menurunkan berat badan? Ingin tahu cara melangsingkan badan dengan berpuasa? Ada 6 langkah mudah yang perlu anda lakukan!

 

Sepertimana yang kita ketahui berpuasa bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, buah pinggang dan hati kita akan  berhenti bekerja seketika sehingga dapat membantu mengeluarkan racun-racun dalam badan.

 

Di samping itu, berpuasa juga boleh menjadi salah satu cara melangsingkan badan ataupun menurunkan berat badan.

 

Walaupun kita bukan berada dalam bulan Ramadan, namun kita tetap boleh menjadikan amalan berpuasa sunat sebagai salah satu program diet sihat atau cara untuk melangsingkan badan  yang paling mudah.

 

[btn text=”DIET SEIMBANG UNTUK LANGSING” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/diet-seimbang-untuk-langsing/” target=”_blank”]

 

cara melangsingkan badan

 

Berikut beberapa cara melangsingkan badan dengan berpuasa:

 

  1. cara melangsingkan badanJangan Lupa Khasiat Buah Kurma

Meskipun kadar gulanya tinggi, namun kurma mempunyai sifat lambat dihadamkan oleh tubuh sehingga dapat  melancarkan proses diet yang sedang anda jalani.

 

 

 

 

  1. cara melangsingkan badanNikmati Kebaikan Serat

Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran dalam masakan anda untuk berbuka puasa dan juga bersahur.

 

Selain sayur-sayuran, anda juga boleh mengambil buah-buahan dan gandum. Selain dapat menjadi penganti nasi, gandum juga mampu memenuhi keperluan serat anda.

 

Kandungan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga gandum yang tinggi juga bagus untuk kesihatan saluran penghadaman dan jantung.

 

Di samping itu ketiga jenis makanan ini juga dapat membuatkan anda menjadi lebih kenyang dan tidak mudah berasa lapar.

 

 

  1. cara melangsingkan badanLupakan Makanan Bergoreng Dan Bersantan

Biarpun makanan bergoreng dan bersantan cukup menambat selera, namun ia boleh membuatkan berat badan anda naik.

 

Makanan ataupun bubur yang mengandungi santan boleh menyebabkan kolesterol tinggi serta mengundang pelbagai penyakit.

 

Daging, sama ada daging ayam atau lembu juga boleh dijadikan menu ketika berbuka puasa. Daging kaya dengan protein, tetapi ambil bahagian dagingnya sahaja. Buang bahagian lemak dan kulitnya.

 

Jika mahu lebih sihat, pastikan anda tidak mengorengnya kerana kandungan minyak dalam daging boleh menyebabkan kolesterol.

 

 

  1. cara melangsingkan badanMasukkan Sup Ke Dalam Menu Berbuka Dan Bersahur

Kuah sup ternyata dapat membuat penghadaman anda menjadi lebih lancar sehingga anda tidak mudah berasa lapar.

 

Ketika bersahur juga jangan makan dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan anda berasa cepat lapar.

 

 

  1. cara melangsingkan badanPerbanyakan Minum Air Masak

Air masak dapat menghilangkan racun dari badan serta dapat melancarkan proses diet anda.

 

Dengan pengambilan air masak, tubuh bukan sahaja tercegah dari dehidrasi. Bahkan dapat mengawal gula dalam darah.

 

Usahakan minum air sebanyak dua liter atau lapan gelas setiap hari. Ketika berpuasa ambillah dua gelas air ketika berbuka puasa. Empat gelas antara waktu berbuka dan bersahur.  Kemudian, dua gelas ketika bersahur.

 

 

  1. cara melangsingkan badanElakkan Minuman Berais, Berkafien Dan Berkarbonat

 

Kopi dan teh tidak termasuk minuman yang boleh dikategorikan sebagai salah satu cara melangsingkan badan. Minuman berkafien sebaiknya dihindari kerana memiliki sifat diuretic.

 

Begitu juga dengan minuman sejuk (ais batu) dan bersoda. Minuman bersoda mengandungi gula yang sangat tinggi dan bakal membuatkan kadar gula darah anda melonjak naik. Bahkan minuman ini juga boleh menjadi penyebab utama diabetis dan obesiti.

 

Itulah beberapa tip atau cara melangsingkan badan dengan berpuasa yang perlu diamalkan dalam program diet anda. Selamat mencuba, semoga berjaya!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...