Skip to main content

Bahaya Kurang Tidur, Boleh Mati Mengejut!

Jangan pandang sebelah mata dengan bahaya kurang tidur. Ada pelbagai masalah fizikal yang akan muncul disebabkannnya. Antaranya mata menjadi merah, badan lemah dan  mudah diserang sakit kepala! Malah mati mengejut!

 

Tidur yang mencukupi sangat penting kerana ia merupakan salah satu kunci supaya badan kita tetap sihat dan segar sepanjang hari.

 

Kekurangan tidur sudah pasti akan mempengaruhi keadaan fizikal kita. Ketika tidur, tubuh akan memulakan proses pembaharuan sel dan memperbaiki jaringan otot. Bahkan tidur juga sangat penting untuk mengistirahatkan tubuh secara total.

 

bahaya kurang tidur

 

[btn text=”KETAHUI SEBAB SUSAH TIDUR, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/susah-tidur-malam-ada-5-penyebab/” target=”_self”]

 

Berikut beberapa efek negatif atau bahaya kurang tidur yang perlu diketahui.

 

  1. bahaya kurang tidurDepresi

Kekurangan waktu tidur bukan hanya membuatkan badan tidak segar dan lemah, bahkan kita juga mudah diserang stress ataupun depresi.

 

Bahaya kurang tidur juga boleh mengundang emosi kita menjadi tidak stabil sehingga menjadi mudah marah atau cepat melenting. Ketika tubuh kurang beristirahat, dikatakan sebanyak 60 peratus dari otak akan menjadi lebih reaktif dalam segala perkara, yang mana imbasannya akan membuatkan perasaan seseorang itu menjadi lebih sensitif.

 

Orang yang mengalami insomnia lebih mudah terkena depresi serta gangguan psikologi ini berbanding dengan orang yang mendapat tidur yang mencukupi.

 

  1. bahaya kurang tidurBerat Badan Bertambah Naik

Bahaya kurang tidur juga mampu mempengaruhi kenaikan berat badan kita. Kurang tidur secara tidak langsung berkaitan dengan tiga hormone yang mengawal rasa lapar.

 

Hormon kartisol akan membuatkan tubuh menjadi bengkak, menganggu kadar glukosa, mengundang rasa murung dan menambah ukuran pinggang. Selain itu, hormon ini juga akna memecahkan kolegan di kulit, yang bertanggungjawab membuatkan kulit halus serta bersinar.

 

Hormon ghrelin dan leptin akan mengundang rasa lapar dan kepenatan yang juga akan membuatkan seseorang itu itu tidak mampu untuk membuat pilihan makanan terbaik.

 

Ketika terjaga di tengah malam, maka akan terjadi peningkatan rasa lapar dan keinginan untuk makan. Semua ini akan mengndang kegemukan atau obesiti dengan berat badan yang berlebihan dari ukuran ideal.

 

bahaya kurang tidur3. Menurunkan Kadar Ketahanan Tubuh

Berjaga pada setiap malam akan membuatkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai macam penyakit.

 

Ini adalah kerana sistem ketahanan tubuh kita menurun sehingga tidak mampu untuk bekerja dengan sempurna bagi melawan infeksi bakteria ataupun virus jahat yang masuk ke dalam badan kita.

 

bahaya kurang tidur4. Penuaan Semulajadi

Kurang tidur pada malam hari juga boleh mebuatkan seseorang itu mengalami peuaan semulajadi. Penuaan sebelum tiba pada waktunya paling ditakuti oleh ramai wanita.

 

Di samping itu, bahaya kurang tidur juga boleh membuatkan kulit anda menjadi kusam,pucat dan kurang anjal. Bahkan kedutan halus yang kelihatan pada kulit dan mana anda juga nampak bengkak.

 

bahaya kurang tidur5. Mati Mengejut

Kurang tidur pada malam hari juga boleh membuatkan seseorang itu meninggal dunia secara mengejut atau tiba-tiba.

 

Ini adalah kerana tubuh sudah mengalami masalah yang kompleks, misalnya penyakit jantung, strok, darah tinggi ataupun diabetis.
Seseorang yang kurang tidur memiliki risiko kematian yang lebih tinggi jika dibandingkan mereka yang cukup tidur. Jadi, jika anda ingin memiliki umur yang panjang sebaiknya jangan bermain-main dengan waktu tidur anda!

 

Itulah beberapa bahaya kurang tidur yang menanti kita jika terus menerus membiarkan kesihatan tubuh kita menjadi tidak sihat. Bahaya kurang tidur memang menggerunkan!Semoga bermanfaat.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...