Skip to main content

Tukar Kerja, 5 Perkara Perlu Fikir Dulu!

tukar kerjaSalah satu langkah yang paling kerap dipilih oleh para pekerja untuk mengembangkan kariernya adalah dengan resign atau tukar kerja.  ramai yang mengejar tawaran jawatan baru dengan gaji yang lebih tinggi.

 

Sebenarnya tak salahpun kalau anda nak bertukar kerja, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan tersebut.

 

Adakalanya gaji yang lebih tinggi, posisi yang lebih bagus dan fasiliti yang lebih memuaskan, belum tentu dapat membuatkan anda bahagia dalam menjalani aktviti harian anda di tempat kerja baru.

 

Jadi, adalah lebih baik sebelum anda membuat keputusan tersebut, fikir baik -baik. Anda perlu mencari dan memahami alasan yang tepat dan rasional supaya tidak menyesal di kemudian hari.

 

Ikuti juga mengenai masalah kerja dan urusan anak.

 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum tukar kerja:

 

  1. Baca Balik Perjanjian Kerja

tukar kerjaBiasanya sebelum menerima sebarang kerja, terjalin sebuah perjanjian antara anda dan pihak majikan. Perjanjian tersebut biasanya tentang pematuhan peraturan kerja serta perjanjian lain yang merangkumi soal tangga gaji, kemudahan-kemudahan yang disediakan, sehinggalah prosedur berhenti kerja.

 

Bacalah dengan teliti tentang kontrak atau prosedur berhenti kerja dan keadaan yang perlu anda patuhi setelah membuat keputusan untuk resign. Jangan sampai anda dikenakan penalti disebabkan gagal mematuhi syarat kerja yang telah ditetapkan itu.

 

  1. Tentang Gaji

tukar kerjaApakah sebenarnya tujuan utama anda bekerja? Tentulah soal gaji kan… Jadi, sebelum anda berfikir untuk berhenti dari tempat kerja, cuba bandingkan gaji akan akan anda peroleh di tempat kerja yang baru dengan tempat bekerja sekarang.

 

Jika perbezaannya terlalu sikit, adalah lebih baik jika anda berfikir habis-habisan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berhenti.

 

 

  1. Pihak Atasan

tukar kerjaMasalah ketidak puashatian dengan pihak atasan sering menjadi faktor utama kebanyakan orang berhenti atau tukar kerja. Sebelum membuat keputusan tersebut, adalah lebih baik jika anda renung-renungkan sikap pihak atasan di tempat kerja baru anda nanti.

 

Adakah, pihak atasan baru anda itu benar-benar jauh lebih baik? Jika ada tidak yakin dengan pihak atasan yang baru nanti akan lebih baik, lebih baik jangan tukar kerja!

 

 

  1. Rakan-Rakan Sekerja

tukar kerjaSatu lagi perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum bertukar kerja adalah tentang rakan-rakan sekerja. Disebabkan rakan-rakan sekerjalah  karier anda boleh berkembang maju.

 

Memiliki rakan-rakan sekerja yang menyakitkan hati atau busuk hati, suka dengki mendengki serta ‘kaki kipas’ tentu sahaja akan membuatkan suasana di tempat kerja anda menjadi cukup membosankan. Apatah lagi, jika anda terpaksa bekerja dalam satu team dengan mereka.

 

 

  1. Ilmu Dan Pengalaman

tukar kerjaMemilih tempat kerja bukan semata-mata untuk memperoleh gaji atau duit sahaja. Ada baiknya jika anda mendapatkan ilmu dan pengalaman baru kerana ianya akan bermanfaat sepanjang waktu.

 

Jadi, jika di tempat kerja sekarang anda tidak boleh mendapatkannya, oklah anda boleh berfikir untuk tukar kerja!

 

Itulah 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk resign atau tukar kerja. Hakikatnya semua pekerjaan dalam dunia ini memenatkan. Namun, jangan patah semangat, semoga sukses!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...