Skip to main content

Memanjakan Diri Sendiri, Ada 5 Cara Murah & Mudah!

Memanjakan diri sendiri? Mungkin dah lama anda tidak dengar perkataan itu. Hari-hari yang dilalui penuh dengan kesibukan? Terasa amat penat? Manfaatkan weekend atau hari-hari cuti sebagai waktu untuk memanjakan diri.

 

memanjakan diri

Jadi, cubalah buat hari itu sebaik mungkin dan anda perlu bahagia, relaks dan menjadi diri anda sendiri! Jika anda tidak mahu lakukan sendiri, ajaklah seeorang yang rapat sebagai teman untuk memanjakan diri.

 

[btn text=”PANDUAN MUDAH FACIAL MUKA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/facial-muka-buat-sendiri/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa cara mudah dan murah yang boleh dilakukan untuk memanjakan diri sendiri:

 

  1. memanjakan diriPasang Lagu-Lagu Favourite

Putarkan lagu-lagu penyanyi kesayangan atau lagu-lagu kegemaran anda. Mendengar muzik juga boleh menjadi salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan ketika anda memanjakan diri.

 

Di samping itu, anda juga boleh berkaraoke sepuas-puasnya sambil ‘memekak’ mendendangkan lagu-lagu kegemaran anda itu. Tak susah mana pun, ambil hand phone dan ‘smule’ lah dengan lagu-lagu yang sesuai dengan jiwa anda.

 

 

 

  1. memanjakan diri
    Woman take bubble bath.

    Mandi Air Panas

Letakkan lilin beraroma terapi di tepi bath tub mandi anda.Pilihlah aroma yang menyenangkan seperti vanilla, rose,lavender atau lemon grass.

 

Luangkan waktu untuk berendam dan anda akan berasa lebih relaks.

Air yang suam-suam kuku serta haruman aromaterapi dipercayai akan membuatkan badan anda menjadi lebih segar.

 

Bukan itu sahaja tau, fikiran anda juga akan jadi lebih tenang dan bersedia untuk menyambut hari baru!

 

 

  1. memanjakan diriBersahabat Karib Dengan Internet

Bersahabat tidak semestinya dengan manusia dan haiwan sahaja, namun kita boleh juga bersahabat dengan internet.

 

Jadi, gunakan kesempatan di hari cuti dengan menjelajah dunia internet yang luas.Anda boleh mencari apa sahaja maklumat yang anda inginkan, membaca, menonton video sampailah bershopping secara online. Manjakan mata dan telinga anda dengan pelbagai perkara yang ada di internet.

 

 

  1. memanjakan diriHang Out

Jika adna mempunyai cuti lebih dari dua hari, jadi anda boleh menggunakannya untuk hang out.

 

Ajaklah kawan-kawan rapat atau sesiapa sahaja yang mampu menghiburkan hati anda untuk pergi bercuti seketika. Misalnya, ke sebuah pantai ataupun di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah.

 

Di samping itu, ketawa juga adalah ubat dan hadiah terbaik lagi murah yang dapat anda berikan untuk diri sendiri. Ia bukan sahaja membuatkan anda awet muda, malahan juga bahagia. Jadi, nikmati hari-hari indah sewaktu hang out itu dengan sebaik-baiknya.

 

 

  1. memanjakan diriBuat Makeover

Cara mudah untuk memanjakan diri yang boleh dicuba adalah dengan melakukan makeover terhadap penampilan diri.

 

Melihat diri sendiri cantik akan memberikan satu lagi alasan untuk menjadi bahagia setiapkali anda berdiri melihat diri di depan cermin.

 

 

Sebenarnya masih banyak cara untuk membuat diri bahagia. Memanjakan diri sendiri bukan suatu dosa, ambillah cuti dan nikmati masa anda sendiri!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...