Skip to main content

Bayi Sembelit, Atasi Dengan Cara Berkesan!

bayi sembelit

 

Masalah bayi sembelit sebaiknya tidak dianggap remeh. Gangguan sistem penghadaman ini perlu diwaspadai kerana ia boleh memberikan efek buruk pada tumbesarannya.

 

Selain itu, bayi sembelit  juga akan meragam dan menangis kerana sukar dan berasa sakit untuk membuang air besar. Jika keadaannya sudah parah, besar kemungkinan terdapat tompokan darah pada lampin pakai buang. Ia mungkin disebabkan oleh kekoyakkan dinding rectum bayi akibat najis yang keras.

 

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut. Keadaan ini akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

 

[btn text=”MAKANAN BERKHASIAT UNTUK BAYI, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/makanan-berkhasiat-untuk-bayi-6-bulan/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi mengatasi bayi sembelit atau susah membuang air besar:

 

  1. bayi sembelitUrut Lembut Perut Bayi

Bayi anda mungkin mengalami kesakitan apabila mengalami masalah sembelit. Cubalah urut lembut di bahagian bawah pusat bayi bagi membuatnya menjadi lebih relaks.

 

 

 

 

  1. bayi sembelitMandikan Air Panas Suam

Memandikan bayi dengan menggunakan air panas suam dikatakan dapat membantu bayi anda menjadi lebih relaks dan membuatkan saluran penghadaman menjadi lebih mudah untuk mengeluarkan kotoran.

 

 

 

 

 

 

  1. bayi sembelitTukar Susu Formula

Jika bayi sembelit sejak meminum susu formula, cubalah tukar dengan susu yang lain. Mintalah pendapat doktor bayi bagi mendapatkan susu formula yang sesuai dengan keperluan bayi anda.

 

 

 

  1. bayi sembelitGerakkan Kaki Secara Perlahan

Cuba atasi masalah bayi sembelit ini dengan cara menggerak-gerakan kakinya secara perlahan-lahan.

 

Caranya cukup mudah dan mampu melancarkan pembuangan najisnya. Baringkan bayi anda, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan-lahan.

 

Setelah itu, gerak-gerakan kakinya secara perhan-lahan kedua pergelangan kakinya itu seolah-olah sedang mengayuh basikal.

 

Perkara ini dilakukan untuk merangsang usus besar bayi sehingga membantu melepaskan gas dan kotoran yang mungkin tersekat atau tersangkut dengan cepat.

 

  1. bayi sembelitBerikan Serat Yang Secukupnya

Bayi anda juga memerlukan pengambilan serat yang secukupnya agar saluran penghadamannya boleh berjalan lancar.

 

Cuba berikan bayi anda yang berusia lebih dari 6 bulan, buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia memperoleh serat yang secukupnya.

 

Jika bayi anda masih menyusu badan, sebaiknya anda juga perlukan pengambilan serat harian yang mencukupi.

 

Pengambilan serat yang mencukupi akan membuatkan ais susu ibu yang diminum bayi juga mengandung kandungan serat yang baik.

 

 

  1. bayi sembelitMinum Air Masak

Seorang bayi akan sembelit jika tubuhnya tidak mendapat cecair yang mencukupi. Jika kurang minum air masak, tidak mustahil anda anda akan mengali masalah susah membuang air besar.

 

Bagi mengatasinya, selain air masak, anda juga boleh memberikannya jus buah-bahan seperti jus epal atau jus oren.

 

 

Jika masalah bayi sembelit ini berlarutan, anda mesti membawanya membuat pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian dan juga rawatan yang lebih baik.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...