Skip to main content

Syoknya Bercuti Ke Janda Baik Sambil Mandi Manda!

bercuti ke janda baikBagi yang cintakan alam semulajadi dan ingin lari seketika dari hiruk pikok kota yang cukup melemaskan, bolehlah  bercuti ke Janda Baik, Pahang.

 

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu, betapa syoknya bercuti ke Janda Baik, Pahang ini. Tambahan pula pemandangannya cukup indah.Sekali sekala dapat tengok pemandangan kampung, hati terasa cukup tenang.Suasananya begitu mendamaikan.

 

Ketahui juga tentang tempat menarik di Pulau Pangkor.

 

bercuti ke Janda BaikPokok-pokok hutan menjadikan suasananya lebih dingin dan sejuk. Ternyata, pekan kecil ini masih mengekalkan tema suasana kampung yang segar, tenang dan juga tenteram.Ketenangan cukup mudah dicari apabila kita bercuti ke Janda Baik.

 

Sempena cuti akhir tahun yang panjang ini, mungkin kita boleh rancang percutian bersama keluarga tersayang.Kita boleh bercuti ke Janda Baik ini untuk tenangkan fikiran sambil merehat-rehatkan badan dan otak pada hujung minggu.

 

Lagipun destinasinya terletak tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Lbih kurang dalam 45 minit, dah sampai ke Janda Baik. Dari Genting Sempah, kita terus sahaja masuk ke Pekan Janda Baik. Laluannya sedikit mencabar, sebab jalannya sempit dan agak bengkang bengok. Kalau susah sangat, buka Waze atau Google Map sahaja. Confirm tak sesat, sebab pekan ni pun kecil sahaja. Mudah, kan…

 

 

Apa Yang Menarik Jika Kita Bercuti Ke Janda Baik?

 

bercuti ke Janda BaikMemang ramai pengunjung yang datang terutama pada waktu hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum.Jadi, sebaiknya kita buatlah tempahan dahulu jika berhasrat untuk spend lebih banyak waktu bercuti di Janda Baik.

 

Serius bagi anda yang sukakan kedamaian,suasana semulajadi, mandi-mandi, berkelah,buat BBQ atau nak buat family gathering, jangan ragu-ragu untuk bercuti ke Janda Baik. Macam-macam aktiviti yang boleh kita buat di sini.

 

Tapak perkhemahan, pondok berehat serta kemudahan asas seperti tandas dan juga tempat persalinan juga turut disediakan. Sudah pastilah anak-anak yang akan jadi lebih excited  apabila dengar boleh mandi manda di sana kan…

 

Air sungai yang cukup bersih dan sejuk. Kalau nak lagi best, kenalah pilih bahagian sungai yang atas sekali. Nak buat sukaneka dalam airpun boleh! Ada kemudahan pondok di tepi sungai dan air sungai yang cetek tidaklah terlalu  membahayakan kepada kanak-kanak.

 

Cuma, kalau nak mandi manda tu kenalah pastikan cuaca dalam keadaan baik dan tak tak hujan. Kalau hujan, kenalah tukar rancangan mandi mandi ni ke hari lain. Bahaya, sebab air jadi keruh, kedalamannya juga akan jadi di luar jangkaan.

 

 

Tempat Bermalam Banyak!

bercuti ke Janda BaikTak ada masalah langsung untuk mencari tempat bermalam atau menginap.Banyak resort, rumah tumpangan, homestay atau chalet dalam kategori mampu milik. Pilih sahaja nak yang murah ataupun mahal dan mewah.

 

Bagi yang mahukan percutian yang lebih privacy, terdapat juga resort atau chalet mewah yang lokasinya terasing, unik dan eksklusif. Semuanya menawarkan pelbagai kemudahan seperti gelanggang tenis, gelanggang badminton, kolam persendirian,pit barbeku dan lain-lain lagi.

 

Antara resort atau chalet yang boleh dijadikan pilihan ketika bercuti ke Janda Baik ialah Saufiville Boutique Resort,Chengal Retreat, Le’ Manah Retreat, D’Ark Resort, Danau Daun Chalets, Enderong Resort, Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Pulau Santap Chalet,Hawa Resort dan Riverside Chalet.

 

Ada yang betul-betul dekat dengan sungai.Buka sahaja pintu rumah dah boleh dengar deruan air dari bilik dan boleh terus terjun ke dalam sungai. Best kan…

 

Makan Time!

bercuti ke Janda BaikKalau tak nak bawa bekalan makan, boleh sahaja makan di mana-mana gerai di sekitar pekan Janda Baik. Jika menetap di Riverside, ada beberapa gerai dan sebuah restoran  di situ. Makanannya pun sedap dan murah.

 

Selain itu, boleh juga makan-makan di Warung Pak Andak. Menu sarapan paginya cukup enak. Ada juga lempeng dan roti canai. Fuh! Memang sedap dan tidak sia-sia singgah bersarapan di Warung Pak Andak.

 

 

Okay, kalau ada kelapangan hujung minggu, jom kita menghirup udara segar sambil bercuti ke Janda Baik!

 

 

Foto: 123mamanet.com

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .