Skip to main content

Seluar Jogger Buat Wanita Berhijab Tampil Stylish

seluar jogger
foto-theladylovescouture

Nampaknya trend fesyen seluar jogger atau jogger pants ini semakin mendapat tempat di hati para wanita yang berhijab. Seluar ini yang tak jauh bezanya dengan seluar sukan dan ia boleh dimanfaatkan untuk anda mencipta stail tersendiri serta lebih stylish!

 

Seluar jogger ini memang selesa dipakai kerana rekaannya lebar di bahagian kaki. Ramai skaters atau ‘kaki parkour’ yang suka memakai seluar ini, tetapi sekarang trend tersebut menjadi pilihan ramai wanita berhijab.

 

Selain selesa dipakai ketika berjoging dan gayakan bersama kasut training, boleh digayakan ketika bersantai, hang out  bersama kawan-kawan, keluarga, ke kampus, ke pejabat atau ke majlis-majlis rasmi. Ketahui juga 5 jenis tudung pashmina yang mudah digayakan.

 

Memandangkan material dan rekaannya yang semakin bervariasi membuatkan gaya penampilan seluar ini semakin fleksibel sehingga membuatkan ramai yang jatuh hati!

 

Bagi anda yang ingin cuba bergaya dengan seluar jogger, dikongsikan beberapa idea gaya untuk anda.

 

  1. Gaya Santai

seluar jogger
foto-ak1-polyvoreimg

Pilihlah seluar jogger yang diperbuat dari material cotton atau bahan yang agak nipis demi keselesaan apabila dipakai seharian.Boleh digayakan bersama T-shirt labuh ataupun kemeja.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Gaya Kampus

seluar jogger
foto-ak2-polyvoreimg

Anda boleh pilih material cotton, sutera ataupun denim bagi melengkapkan penampilan gaya kampus yang ingin ditonjolkan.

 

Suaipadankan seluar kesukaan anda dengan kemeja lengan panjang, sweater ataupun jumper. Gayakan bersama kasut sneakers kesukaan anda untuk melengkapi gaya tersebut.

 

 

 

 

  1. Gaya Casual Sporty

seluar jogger
foto-ak2-polyvoreimg

Untuk nampak casual sporty, seluar jogger ini  boleh digayakan dengan kemeja atau kardigan. Jangan lupa gayakan bersama kasut sneakers.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Gaya Formal

seluar jogger
foto-ak2-polyvoreimg

Tak ada salahnya jika anda ingin tampil berbeza daripada biasa. Pililah seluar yang diperbuat daripada bahan satin atau sutera dan gayakan bersama blazer atau blouse serta kasut oxford atau kasut tumit tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Gaya Denim

seluar jogger
foto-ak1-polyvoreimg

Ingin kelihatan ranggi dengan jaket jeans. Seluar jogger juga boleh digayakan bersama kemeja atau T-shirt yang suaipadankan dengan dengan jaket denim serta kasut sneakers atau oxford.

 

Itulah beberapa gaya seluar jogger yang boleh anda aplikasikan tanpa mengenepikan kesopanan gaya muslimah.

 

 

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .