Skip to main content

Seluar Jeans dan Ekspresi 4 Stail Hijab

seluar jeans
foto0ak2-polyvoreimg

Seluar jeans adalah salah satu item fesyen yang hampir setiap orang memilikinya, termasuklah para hijabers. Seluar dari material denim ini bukan setakat selesa dipakai, malahan boleh mencipta pelbagai kesan gaya untuk pelbagai aktiviti.

 

Kombinasi gaya hijab dengan seluar jeans mampu mencuri perhatian dan sangat digemari oleh ramai wanita. Dengan penampilan yang selesa, mereka bebas untuk mengeksperasikan gaya fesyen yang disukai. Misalnya memadakankannya dengan blouse, kardigan, sweater, jaket dan sebagainya.

 

seluar jeans
foto-polyvoreimg

Setiap daripada kita mempunyai gaya penampilan tersendiri, sama anda lebih feminin ataupun boyish. Di samping itu, seluar jeans pada zaman sekarang bukan hanya tertumpu pada satu warna dan potongannya sahaja.

 

Ketahui juga seluar harem buat hijabers tampil bergaya.

 

Biasanya warna hitam dan biru menjadi kegemaran, tetapi kini warna seperti putih, baby blue, kelabu dan krim pun turut diminati ramai. Sebaiknya pilih potongan yang sedikit longgar serta sedikit fit, tetapi tidak ketat. Banyak potongan jeans yang sesuai untuk hijabers seperti jenis lurus, boyfriend cut dan pencil.

 

Bagi menyempurnakan lagi gaya anda, pakailah baju luar seperti kardigan, blazer atau jaket untuk mencantikkan lagi penampilan anda yang berhijab.

 

Berikut beberapa padanan gaya hijab dengan seluar jeans:

 

 

  1. Cantik Dan Feminin

seluar jeans
foto-pinimg

Padanan seluar jeans dengan kardigan labuh mampu membuatkan anda  kelihatan lebih mempesonakan dan manis. Apatah lagi dengan penampilan serba polos.

 

Jika kardigan tersebut terlalu panjang, gayakan dengan high heels,sudah pasti penampilan anda tambah menawan.

 

 

 

 

  1. Simple Dan Kasual

seluar jeans
foto-polyvoreimg

Penampilan santai sebaiknya tidak berlebihan, namun masih mengekalkan fashionable. Suaipadan  jeans dan kemeja, nampak simple dan moden.

 

Kemeja lengan panjang bercorak kotak-kotak atau kemeja bermotif simple cukup digemari oleh para hijabers. Penampilan sebegini akan membuatkan anda kelihatan lebih simple dan kasual, namun kekal stylish.

 

Pemilihan tudung pashmina yang diberikan sentuhan ringkas  akan menyeimbangkan lagi suaipadan jeans dengan kemeja.

 

 

  1. Gaya Muslimah Boyish

seluar eans
foto-pinimg

Stail hijab dengan jeans sememangnya akan membuatkan para wanita lebih fashionable.

 

Gaya boyish tetap sesuai digayakan walaupun anda berhijab. Biarpun simple, anda tetap nampak trendy.Warna light blue adalah warna yang paling sesuai dan senang disuai padankan dengan apapun.

 

Meskipun anda menyenangi gaya yang sedikit tomboy atau boyish, jangan lupa untuk memberikan sedikit kesan feminine agar penampilan anda tetap kelihatan cantik dan kasual.

 

Kasut boots serta jaket sememangnya menjadi pilihan yang tepat untuk menyempurnakan gaya boyish.

 

  1. Ripped Jeans

seluar jeans
foto-polyvoreimg

Jeans banyak variasinya dan salah satunya ripped jeans yang semakin diminati oleh para hijabers.

 

Jeans yang efek koyak rabak ini sangat moden dan feminine jika disuai padankan dengan blouse, sweater ataupun sheer top. Di samping itu, gayakan bersama dengan sling bag atau tote bag.

 

Itulah beberapa suaipadan stail hijab dengan seluar jeans memberikan penampilan  sangat moden dan trendy. Semoga dapat memberikan inspirasi anda untuk lebih bijak bergaya. Penampilan yang fashionable akan memancarkan lagi pesona kecantikan anda.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...