Skip to main content

Resepi Kek Pisang Ringkas & Sedap!

kek pisang
foto-i-ytimg

Tak pernah bosan menikmati kek pisang. Lebih-lebih lagi apabila diolah dengan rasa manis-manis buah. Buah pisang cukup berkhasiat dan kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fostor, besi dan kalsium.

 

 

Dari Dapur Mamanet dikongsikan satu lagi resepi yang cukup mudah dibuat dan rasanya juga lazat iaitu Kek Pisang. Walaupun tidak menggunakan banyak bahan, namun kek pisang ini terasa lembut dan moist. Ketahui juga resepi kek coklat moist sedap.

 

Gunakan pisang betul-betul masak ranum bagi menghasilkan kek pisang yang mempunyai rasa cukup mantap!

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan untuk buat kek pisang:

  • Sedikan loyang kek berukuran 8 X 17 X 6 cm
  • 3 biji pisang (lebih sedap jika pakai pisang Embun)
  • 50 gram gula pasir
  • 100 gram tepung serbaguna
  • 60 gram mentega (dicairkan)

 

 

Cara Membuat Kek Pisang:

  1. kek pisang
    foto-healthynutritionpro

    Hancurkan pisang dengan menggunakan garpu sahaja dan jangan sampai lumat.

 

  1. Rendam telur di dalam air suam selama dua minit. Tujuannya adalah untuk membuatkan putih telur menjadi cair dan lebih mengembang apabila dipukul.

 

  1. Cairkan mentega di dalam periuk dengan api yang kecil dan tutup api sebelum ianya mendidih ya. Jangan lupa goyang-goyangkan periuk supaya mentega dapat cair dengan sempurna. Setelah itu, tuang mentega ke dalam mangkuk, biarkan ia sejuk seketika.

 

  1. kek pisang
    foto-vegrecipesofindia

    Setelah itu, masukkan telur yang telah direndam air suam dan gula pasir. Pukul dengan kelajuan mixer yang paling rendah, kemudian naikkan ke kelajuan yang paling tinggi. Pukul telur dan gula tersebut sehingga mengembang, kental dan berwarna putih pucat.

 

  1. Bila kedua adunan tersebut telah ok, masukkan pisang yang telah dihancurkan tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga rata.

 

  1. Kemudian masukkan pula tepung dengan cara diayak ke dalam adunan pisang dan telur tadi.

 

Gaul adunan dengan spatula dengan teknik gaul aduk iaitu gaul dalam bekas lain dan masukkan kembali ke dalam mangkuk mixer tadi. Buat perlahan-lahan ok, supaya adunan tidak jadi cair dan lebih kental dan pekat.

 

  1. Kemudian, masukkan ½ adunan ke dalam mangkuk yang berisi mentega cair tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

 

  1. kek pisang
    foto-2-bp-blogspot

    Masukkan pula sebahagian sisa adunan ke dalam dalam adunan yang telah dicampur dengan mentega tadi. Gaul rata dengan teknik gaul dalam bekas lain itu perlahan-lahan sehingga semuanya berbaur sebati.

 

  1. Setelah itu, barulah tuang adunan ke dalam loyang. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga permukaan kek pisang nampak mengeras dan kekuningan.

 

  1. Setelah kek pisang masak, biarkan sehingga wap panasnya hilang. Selepas itu, bolehlah dinikmati. Selamat mencuba!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMNET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .