Skip to main content

Rambut Kering Dan Kusut, 7 Cara Terbaik Atasinya

rambut kering dan kusut
foto-katrinaellis

Rambut kering dan kusut memerlukan perhatian dan penjagaan yang ekstra. Lagipun rambut kering lebih mudah menjadi kusut jika dibandingkan dengan rambut berminyak.

 

Masalah rambut kering dan kusut juga boleh menimbulkan masalah lain seperti rambut rosak, bercabang dan sebagainya.

 

Ketahui juga cara nak panjangkan rambut dengan cepat.

 

Berikut adalah cara terbaik untuk merawat rambut kering dan kusut?

 

1.Elakkan Mencuci Rambut Setiap Hari

rambut kering dan kusut
foto-pgsitecore

Cucilah rambut tiga kali dalam seminggu. Ini adalah kerana minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala bagus untuk menutrisikan akar rambut kusut.Ketika rambut terasa berminyak, sebaiknya gunakan dry shampoo untuk membersihkannya.

 

Di samping itu, untuk menghindari rambut kusut sebaiknya sikatlah rambut sebelum mencuci rambut. Menyikat rambut selepas mencuci rambut hanya akan membuatkan rambut kita bertambah rosak.

 

 

  1. Pakai Deep Conditioning Treatments

rambut kering dan kusut
foto-netdna-cdn

Pastikan kita memakai perapi khas ini  pada hujung rambut. Kemudian balutlah dengan tuala panas. Biarkan selama 6 minit dan bilaslah sehingga bersih.

 

Lakukan secara rutin dan ia mampu menutrisikan sekaligus melembapkan pangkal rambut sehingga tidak mudah menjadi kusut.

 

 

 

 

  1. Pilih Produk Rambut Bebas Alkohol

rambut kering dan kusut
foto-netdna-cdn

Kebanyakan hairspray atau mousse mengandungi kadar alkohol yang cukup tinggi. Ia boleh menyebabkan pembengkakkan  pada kutikel rambut sehingga membuatkan rambut kering dan kusut.

 

Jadi, pilihlah produk rambut yang bebas alkohol demi menjaga keindahan dan kecantikan rambut kita.

 

 

  1. Gunakan Minyak Rambut

rambut kering dan kusut
foto-thefitindian

Minyak rambut atau hair oil mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding masker, sehingga tidak membuatkan rambut mudah leper.

 

Untuk merawat rambut kering dan kusut, kita boleh gunkan minyak rambut yang mengandungi jojoba bagi membantu memperkuatkan akar rambut serta mencegahnya menjadi kusut.

 

 

 

 

  1. Lindungi Rambut

rambut kering dan kusut
foto-shopify

Ketika mendandan rambut atau keluar rumah, jangan lupa sapukan heat protector pada pangkal rambut.

 

Cuaca panas boleh membuatkan rambut kering dan kusut serta merosakkannya secara perlahan-lahan. Berikan perlindungan terbaik pada setiap helaian rambut.

 

Hindari penggunaan alat pengering rambut, termasuklah alat pengeriting rambut. Apabila digunakan terlalu kerap ia boleh mengurangkan kelembapan rambut, sehingga rambut menjadi kering dan kusut. Sebaiknya pilihlah hair dryer yang mempunyai

diffuser.

 

 

  1. Elakkan Bungkus Rambut Dengan Tuala

rambut kering dan kusut
foto-bestdietnews

Rupa-rupanya tabiat kita yang suka membungkus rambut dengan tuala selepas mencuci rambut tidak bagus untuk kesihatan rambut.

Malah, ia juga boleh menyebabkan rambut menjadi kusut. Jadi, selepas ini kita cuba elakkan dari membungkus rambut dengan tuala selepas bersyampu ya!

 

 

 

 

 

  1. Putih Telur + Minyak Zaitun + Lemon

rambut kering dan kusut
foto-indhomeremedy

Asid amino yang terdapat dalam putih telur berfungsi untuk memulihkan folikel rambut yang rosak dan melembutkan rambut.
Selain itu, telur juga dapat membantu menghilangkan minyak berlebihan yang ada di kulit kepala.

 

Ambil putih telur dan campurkan putih telur dengan minyak zaitun dan lemon. Gaul sehingga ketiga-tiga bahan sebati. Kemudian barulah disapu pada keseluruhan rambut, dan biarkan selama 30 minit.

 

Kemudian barulah dibilas dengan air sehingga bersih. Lakukan rawatan rambut kering dan kusut ini dua kali seminggu bagi melembabkan rambut.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...