Skip to main content

Rahsia penyusuan susu ibu yang perlu anda tahu

rahsia penyusuan susu ibuAda rahsia penyusuan susu ibu yang mungkin anda belum tahu. Kalau sebelum ini susu ibu lebih dianggap bermanfaat kepada bayi. Bahkan ibu sering dipandang sebagai insan yang perlu berkorban masa, tenaga dan bentuk badan kerana menyusukan bayi. Cukupkah anggapan ini?

 

 

Mungkin bagi sesetengah  pendapat, memberi susu ibu lebih membebankan sebab itu mereka lebih mudah memberi susu formula berbanding susu ibu. Memang ada begitu banyak alasan dan sebab yang timbul hingga mereka memilih alternatif lain sebagai jalan penyelesaian. Ketahui juga tentang bercerai susu bukan satu perkara yang ‘seronok’.

 

Namun, setelah anda tahu tentang rahsia ini, anda mungkin akan berfikir 10 kali sebelum bertindak! Apa sebenarnya ‘rahsia’ di sebalik penyusuan susu ibu ini? Untuk siapa maka diciptakan susu daripada payudara ibu? Pernahkah anda berfikir tentang hal ini? Kenapa Allah ciptakan susu dalam badan seorang ibu?

 

Bahkan semua mamalia di dunia ini turut mempunyai susu dan mereka menyusukan bayi mereka tanpa sebarang alternatif lain. Ibaratnya ‘Do’ or ‘Die’.

 

rahsia penyusuan susu ibuMasalah klise susu ibu tanpa tahu rahsia penyusuan susu ibu

Kini ramai yang telah sedar akan kebaikan susu ibu dan bertekad mahu menyusukan bayi secara eksklusif. Bagaimanapun tidak kurang juga yang bagaikan tidak ambil kisah tentang hal ini.

 

Gadis mahu pun teruna rela belajar dan bercinta bertahun-tahun. Kemudian mengadakan majlis perkahwinan gilang-gemilang atau pun serba sederhana.

 

Sayangnya bila hamil dan bersalin, terlalu tipis pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Tiada perbincangan antara pasangan tentang hal ini. Akhirnya mereka berpusing-pusing  dan terikat pada susu formula. Ada yang ‘zero’ langsung fasal susu ibu. Memang sedih bila pelbagai masalah klise berulang saban hari, saban bulan dan saban tahun.

 

5 rahsia penyusuan susu ibu

Mungkin kita sudah tahu tentang khasiat susu ibu terhadap bayi. Di sini mamanet ingin dedahkan tentang rahsia manfaat susu ibu kepada bayi dan ibu itu sendiri. Perlu dijelaskan di sini bahawa susu ibu bukan satu produk dari kilang. Ibarat tekan butang dan susu keluar dari pangkal ke hujung. Tidak sama sekali!

 

Penghasilan susu ibu ialah satu proses sebagaimananya terciptanya bayi.  Berikut ialah 5 manfaat susu ibu:

  1. Hubungan darah

Tidak kira miskin atau kaya, susu ibu tidak boleh dijual beli. Tapi anda boleh mengupah orang menyusukan bayi anda jika anda tidak ada susu atau sakit.

 

Bila bayi anda menyusu pada orang yang sama {hingga 3 kali kenyang atau lebih}, secara automatik wanita itu bergelar ibu susu (ibarat hubungan darah) kepada bayi anda.

 

Bayi anda bertuah kerana punya keluarga besar.  Itulah maksudnya betapa tingginya nilai ‘susu ibu’.

 

Mungkin ada yang takut anak mereka tidak boleh berkahwin dengan anak ibu susuan. Tolonglah jangan berfikiran sempit.

 

Dalam dunia ini ada beratus juta manusia. Minta saja dia tidak jatuh cinta pada abang atau adik susuannya. Sediakan bukti lengkap dan jangan putuskan hubungan hingga bila-bila.

 

  1. Mesin masa

Susu ibu ialah ‘time machine’ bagi bayi. Susu ibu untuk bayi berusia sehari berbeza dengan susu ibu untuk bayi sebulan. Begitulah sempurna dan indahnya ciptaan Tuhan. Susu ibu untuk bayi sehari mengandungi lebih banyak lemak.

 

Susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam juga berlainan. Ibarat hidangan sarapan, makan tengah hari dan malam. Setiap satunya mengandungi komposisi zat yang berbeza-beza.

3. Cepat pulih

Dengan menyusukan bayi, rahim ibu akan cepat kecut dan membantu mempercepatkan pemulihan organ peranakan. Ibu dapat mengelakkan diri daripada mengalami masalah pendarahan selain daripada membantu tubuh cepat kembali pada bentuk asal.

 

4. Lebih sihat

Kerap menyusukan bayi akan membuatkan ibu cepat berasa dahaga. Dengan minum banyak air, ibu akan lebih sihat dan dapat menghasilkan lebih banyak susu. Ibu juga dapat mengelakkan masalah dehidrasi.

 

Bahkan ramai ibu yang banyak susu sedia mendermakan susu mereka kepada bayi yang tidak berpeluang mendapat susu ibu daripada ibu mereka (atas pelbagai sebab).

 

5. Eksklusif

Eksklusif sehingga 6 bulan. Percaya atau tidak, susu ibu ialah makanan lengkap bayi selama 6 bulan. Kiralah berapa banyak anda jimat tanpa membeli susu formula selama enam bulan. Bayangkan saat kemelesetan ekonomi ini, betapa anda bijak membuat keputusan (untuk makluman harga susu formula agak mengerikan).

 

Bahkan selepas 6 bulan anda masih meneruskan susu ibu bersama makanan pejal. Anda juga boleh memperkenalkan bayi anda dengan susu segar berbanding susu formula.

 

Topik susu ibu ini memang menarik untuk dibincangkan. Mamanet berharap agar pasangan yang bersedia untuk berkahwin dan telah berkahwin sering membincangkan hal ini dengan serius. Tolong jangan guna lagi alasan tidak tahu selepas ini, ya.

 

Semoga artikel rahsia penyusuan susu ibu ini bermanfaat kepada anda semua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .