Skip to main content

Pesakit Kanser Dapat Layanan Istimewa Proton

pesakit kanser“Hiba hati mama dan papa bila kamu digelar pesakit kanser, Rizqin. Seboleh mungkin mama dan papa akan buat apa saja untuk gembirakan kamu”….

 

Itulah agaknya apa yang bersarang dalam hati pasangan suami isteri ini iaitu Rosli Ahmad dan Hazamaratul Damrah ShariatiHaza terhadap permata hati tunggal mereka adik Danish Rizqin Rosli, 6 pesakit kanser Medulloblastoma dengan tumor pada bahagian bawah kepalanya sejak awal tahun ini. Ketahui juga tentang masalah anak susah makan.

pesakit kanserBerita itu bagaikan merentap segala kebahagiaan yang terbina dan hilang sekelip mata. Hati luluh, air mata tidak berhenti jatuh namun semua kesedihan ini tidak ditunjukkan di hadapan anak kecil itu.

Sebaliknya senyuman, pujukan, penjelasan dan kata-kata semangat serta sentiasa mengingatkannya tentang sayangnya Allah kepada Rizqin antara perkara yang Haza dan Rosli lakukan. Bukan mudah untuk menjawab segala pertanyaan si kecil pesakit kanser yang masih belum kenal erti hidup.

Rizqin yang sangat meminati bidang automotif ini telah menjalani pembedahan membuang tumor pada Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Selepas pembedahan, Rizqin bertukar daripada seorang kanak-kanak yang ceria menjadi seorang yang sangat sensitif. Kini, Rizqin juga telah menjalani rawatan radioterap dan kimoterapi serta lain-lain.

Segalanya berlaku dengan tiba-tiba tanpa diduga. Tidak ada sejarah latar belakang keluarga yang menghidap kanser, namun semua itu aturan Allah yang tidak mampu ditepis.

Redha dengan ujian sangat hebat buat kali kedua, Haza dan Rosli tidak menafikan trauma kehilangan anak pertama dek masalah jantung menguasai diri mereka pada peringkat awal dulu. Namun kedua-duanya cekal mengharungi situasi getir ini.

“Sudah pasti ujian ini bagi impak pada kehidupan keseluruhannya. Kami ambil masa untuk biasakan diri. Malah saya sendiri ambil masa 6 bulan untuk sesuaikan diri dengan keadaan kesihatan Rizqin. Rutin hidup kami berubah. Pada masa yang sama kami perlu fahamkan pada Rizqin tentang banyak perkara.
“Buat masa ini kami memang tumpukan sepenuh perhatian kepada proses rawatan yang masih berjalan dan dijangkakan akan selesai pada pertengahan tahun 2017. Insya-Allah dengan izin Allah, kami nak bawa Rizqin tunaikan umrah kalau dia dah sihat sepenuhnya.

“Bila kita melalui ujian sebegini pada asalnya mungkin kita tak tahu nak buat apa. Beri masa pada diri sendiri utk membiasakan diri. Sebab kita perlu kuat untuk anak. Alhamdulillah saya bertuah kerana ada insan di sekeliling yang beri sokongan.

“Saya juga sangat bertuah sebab suami yang sentiasa ada di sisi memberi sokongan dan semangat untuk melalui satu lagi waktu yang sangat sukar. Kami pernah melaluinya sekali. Insya-Allah kami akan berjaya untuk melaluinya kali ini.

“Kami y­akin dan percaya setiap kententuan dari Nya adalah yang terbaik. Dalam apa jua keadaan pun, kami mesti kekal positif dan yakin sentiasa bahawa Allah itu ada,” ujar Haza ketika dihubungi.

 

Impian Pesakit Kanser Tertunai Di Hari Jadinya

pesakit kanserPada 4 November lalu, genap usia Rizqin enam tahun. Tiada apa yang menggembirakan hati si kecil ini apabila salah satu impiannya tercapai. Hasil usahasama Proton dan Make A Wish (NGO), satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR)  telah berlangsung dengan merealisasikan impian Rizqin apabila dia diberi peluang secara eksklusif  melawat kilang pemasangan Proton termasuk bahagian R&D.

Rizqin seorang anak yang pintar, petah dan berani serta mampu mengenali model-model Proton. Malah sempat juga berkongsi tentang kereta idamannya seperti Ferrari, Nissan Navara dan beberapa kereta lain.

pesakit kanserPengetahuannya tentang dunia automatif sangat luas untuk budak seusianya. Jangan terkejut andai majalah Top Gear antara bahan bacaannya malah mahir google pelbagai info dunia kereta di internet!

“Sebagai seorang ibu, saya rasa gembira sebab anak kecil saya diberi peluang sebegini sebab dia memang minat sangat perkara macam ni. Selalunya dia hanya tonton rancangan How It Made. Terima kasih banyak kepada Proton dan Make A Wish kerana telah tunaikan impian anak saya,” cerita Haza.

Rizqin sangat teruja apabila Ketua Pereka Bentuk Proton, Azlan Othman memberi peluang dia melukis sendiri model kereta dengan menggunakan salah satu teknologi lakaran yang digunakan oleh unit R&D Proton.

Menambahkan lagi keterujaanya apabila Rizqin diberi kesempatan menaiki Proton Persona 2016 dan Lotus Evora 400 di trek ujian Proton serta pelbagai aktiviti lain.

pesakit kanserKetika ditanya pada Rizqin, apakah perasaannya selepas diberi peluang keemasan sebegini, dia menjawab sambil menangis, “Saya sangat terharu. Terima kasih Proton.” Sebelum pulang, mereka turut meraikan sambutan harijadi Rizqin yang ke-6.”

Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah CEO Proton Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan timbalannya Datuk Radzaif Mohamed.

 

 

Persediaan Darjah 1

pesakit kanserTahun depan Rizqin bakal melangkah ke Tahun 1. Hati ibu dan bapa mana yang tidak teruja melalui detik manis ini. Tidak menduga perlu melalui episod ini, Haza dan Rosli tetap merangka rancangan buat permata hati tunggal mereka.

“Pendaftaran untuk sekolah kebangsaan dan KAFA memang dah diuruskan. Selagi dalam rawatan Rizqin tak boleh ke sekolah. Doktor pakar akan keluarkan surat mohon tangguhkan sesi persekolahan. Bila dah sihat baru akan pergi ke sekolah.

“Buat masa ni saya ajar dia sendiri kat rumah. Tahun depan kami plan untuk ambik tutor mengajar di rumah. Kalau ada rawatan yg perlu tinggal di wad ada cikgu yang akan ajar Rizqin. Sebab di PPUKM ada program Sekolah Dalam Hospital (SDH).

“Kami sentiasa memberi galakan dan sokongan sepenuhnya terhadap minat Rizqin. Untuk kekal positif sudah pasti sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari kami. Sebab jika kekal positif, Insya-Allah Rizqin pun akan dapat benda yang sama.

“Saya selalu ingatkan dia apa yang dia lalui adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepadanya. Selalu pastikan dia happy dan buat perkara yang dia suka.

“Di sebalik ujian ini, ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Jika rasa sedih mahu menangis tidak mengapa…tetapi selepas itu perlu bangkit semula demi anak,” jelas Haza menutup bicara.

Semoga artikel mengenai pesakit kanser ini bermanfaat buat anda.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...