Skip to main content

Menghilangkan Rasa Mual Hamil Dengan 20 Langkah

menghilangkan rasa mualMual dan muntah masa hamil? Ia adalah satu ragam normal masa hamil akibat perubahan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Ramai bakal ibu yang rasa tidak selesa dan mahu segera menghilangkan rasa mual itu. 

 

 

Bagaimana pula jika rasa mual dan muntah itu semakin teruk hingga menjejaskan selera makan dan kesihatan bakal ibu? Tahukah anda kekurangan zat akan menjejaskan pertumbuhan bayi.  Jadi anda perlu beri perhatian terhadap masalah ini. Ketahui juga tentang 5 persediaan sebelum mengandung.

 

Berikut ialah cara untuk menghilangkan rasa mual:

  1. menghilangkan rasa mualBayi dalam kandungan perlukan nutrient yang cukup. Jadi anda perlu makan makanan seimbang. Tapi jika anda sangat loya dan tidak mampu makan banyak, anda makan apa saja yang anda mampu. Apabila anda makin sihat, bayi akan mampu kejar kembali nutrient yang dia tertinggal.

 

  1. Ambil asid folik kerana ia membekalkan nutrient yang penting untuk trimester pertama. Pastikan anda ambil 400mcg asid folik sehari untuk membantu pertumbuhan tulang belakang dan sistem saraf bayi.

 

  1. Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morning sickness.

 

  1. Makan sayur brokoli kerana ia kaya dengan kancungan folat, kalsium, karotenoid dan serat. Ia juga dapat bantu perkembangan mata bayi dalam kandungan.

 

  1. Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang boleh membuatkan anda terasa mual.

menghilangkan rasa mual

  1. Andai anda alah pada bau tumisan, jangan paksa diri untuk memasak buat sementara waktu.

 

  1. Elakkan makanan berlemak, bergoreng dan pedas serta berasid.

 

  1. Andai anda tidak mampu makan makanan berat, anda boleh makan biskut atau makanan ringan yang lain lepas bangun tidur. Ini membantu menyerap asid dalam perut seterusnya hilangkan rasa mual.

 

menghilangkan rasa mual

9. Makan buah-buahan dari keluarga beri seperti strawberi, blueberi, rasberri, yang kaya dengan vitamin c, folat, potassium, serat dan antioksidan yang baik untuk ibu hamil.

 

  1. Ambil makanan yang kaya protein dan vitamin B seperti kacang.

 

 

  1. menghilangkan rasa mualLegakan perut dengan memakan makanan berhalia kerana ia baik untuk singkirkan angin dalam badan. Meminum jus lemon atau menghidunya membantu meneutralkan asid yang terdapat di dalam perut.

 

  1. Buka tingkap rumah bagi pengaliran udara yang lebih baik.

 

  1. Makan sikit tapi kerap. Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Jadi, makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari bagi memastikan perut tidak kosong dari mengisi asid yang mencetuskan rasa loya.

menghilangkan rasa mual

14. Minum air yang cukup antara 10-12 gelas sehari. Ini penting bagi menggantikan bendalir dalam badan yang banyak hilang akibat muntah.

 

  1. Elakkan makan makanan pencetus muntah seperti makanan manis, gula, kek, coklat, minuman berkafein.

 

  1. Elakkan daripada makan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

 

  1. menghilangkan rasa mualDapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cara ini dapat hilangkan rasa mual dan loya.

 

  1. Pilih pakaian yang selesa dan elakkan berada di tempat yang panas dan sesak.

 

  1. Dapatkan sokongan pasangan, keluarga dan rakan-rakan terdekat.

 

  1. Anda perlu bersabar, bertenang dan banyakkan zikir.

Semoga artikel menghilangkan rasa mual  ini bermanfaat kepada anda. Tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai ibu.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .