Skip to main content

Kulit Berkedut & Kering, Atasi Dengan 6 Cara Mudah

kulit berkedut
foto-clinicaplanas

Ramai yang mementingkan penjagaan kulit muka berbanding bahagian-bahagian kulit lain yang melindungi keseluruhan tubuh. Kulit berkedut atau kendur biasanya terjadi secara semulajadi akibat proses penuaan. Sungguhpun begitu, ia juga boleh terjadi disebabkan faktor-faktor lain, seperti dehidrasi, penurunan berat badan secara mendadak, stres dan sebagainya.

 

Bagi mengatasi masalah kulit berkedut, ada bebarapa cara yang boleh dilakukan. Biarpun kesannya tidak secepat menggunakan teknologi canggih, namun cara ini lebih selamat dan berpanjangan.

Ketahui juga tentang skrub muka untuk kulit selembut bayi.

 

Berikut beberapa cara mengatasi masalah kulit berkedut:

 

  1. Pengambilan Makanan Yang Sihat

 

kulit berkedut
foto-healthfoodxdrinks

Nak sihat tanpa memiliki kulit berkedut? Wajib mengambil makanan yang sihat. Perbanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi vitamin C, kurangkan lemak dan karbohidrat bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan awet muda.

 

 

Makanan antioksidan seperti ikan, buah-buahan dan juga sayur-saturan akan membantu menjaga kesihatan kulit serta mengatasi masalah kulit berkedut. Pengambilan karbohidrat kompleks seperti gandum, pasta dan protein sihat sangat disarankan.

 

 

  1. Pengambilan Vitamin Tambahan

kulit berkedut
foto-redblossom

Krim anti aging biasanya mengandungi vitamin C dan vitamin E. Tetapi adalah lebih baik jika mengambil antioksidan tersebut dari dalam.

 

Pengambilan makanan kaya vitamin, mineral selenium boleh menjaga kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Malahan zat-zat tersebut juga mampu melawan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut serta perubahan warna kulit.

 

 

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti strawberi, oren, lemon, avokado dan lada benggala  mampu membentuk kolegan yang dapat menegangkan kulit, terutama pada bahagian perut.

 

 

  1. Hindari Sinaran Matahari

kulit berkedut
foto-wrapy

Kerosakan kulit juga boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Jadi, sebab itulah sangat penting melindungi kulit dari sinaran matahari.

 

Pilihlah produk pelindung sinaran matahari yang mengandungi zinc oxide, titanium dioxide atau avobenzon. Krim pelindung yang mengandungi SPF 30 atau lebih adalah pilihan terbaaik.

 

Jika perlu, pakailah topi, baju berlengan panjang dan elakkan terkena sinaran cahaya matahari secara langsung sekitar jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang kerana pada ketika itu sinarannya terlalu panas.

 

 

  1. Bersenam Secara Teratur

kulit berkedut
foto-ste-india

Jika sebelum ini jarang bersenam, sebaiknya cubalah jadikan bersenam sebagai salah satu aktiviti harian. Ini adalah kerana bersenam punya banyak kebaikan kepada setiap bahagian badan, termasuklah untuk mencegah kulit berkedut.

 

Bersenam dapat meningkatkan perjalanan darah dan membantu memelihara kesihatan kulit. Pengaliran darah akan membawa nutrisi dan okisigen, sehingga dengan mudah menghasilkan kolegan yang akan memperlambatkan proses penuaan.

 

Malahan, peluh yang keluar setelah bersenam juga tidak akan menyumbat liang pori-pori. Selepas bersenam, jangan lupa untuk mencuci muka dan hindari pemakaian headband yang terlalu ketak kerana akan membuatkan peluh berkumpul dan boleh menyebabkan kegatalan.

 

 

  1. Tidur Yang Mencukupi

kulit berkedut
foto-si-wsj

Sebelum masuk tidur, perhatikan kulit muka. Jika terdapat lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata sembab, ia menunjukkan bahawa kita kurang rehat dan tidur.

 

Tidur selama 7-8 jam pada setiap malam akan membuatkan badan dan kulit menjadi sihat serta bebas dari masalah kulit berkedut.

 

Selain itu, perhatikan juga gaya atau posisi tidur kita. Jika muka selalu tersembam ke bantal dan bertahun-tahun selalu tidur dalam posisi yang sama, kulit akan jadi berkedut kerana selalu tertekan bantal. Sebaiknya, tidur telentang agar kulit muka kita boleh bernafas.

 

 

 

  1. Elakkan Penurunan Berat Badan Drastik

kulit berkedut
foto-womenshealthmag

Melakukan diet yang terlalu ketat di samping senaman yang berlebihan mampu menurunkan berat badan seseorang dalam tempoh yang singkat. Perkara tersebut memang menyeronokan, apatah lagi boleh kurus dalam tempoh yang cepat.

 

Namun, penurunan berat badan yang drastik itu akan mempengaruhi organ-organ tubuh yang lain, termasuk kulit. Ketika lemak menghilang dalam tempoh yang singat, bukan sahaja kesihatan badan akan terganggu, bahkan otot-otot yang saling bergabung untuk mencengkam kulit akan hilang. Jadi, sebab itulah apabila kita mahu menurunkan berat badan, lakukanlah secara bertahap dan fokus.

 

 

Semoga artikel Atasi Kulit Berkedut & Kering Dengan 6 Cara Paling Mudah ini bermanfaat dan menambah pengetahuan kita semua tentang menjaga kesihatan kulit.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...