Skip to main content

Cara Turunkan Gula Dalam Darah, 8 Usaha Elak Potong Kaki!

cara turunkan gula dalam darah
foto-thenypost

Ketahui cara turunkan gula dalam darah untuk elak kencing manis atau diabetis kerana ia antara penyakit yang menggerunkan. Sesiapa sahaja yang mengidapnya perlu mengawal kadar gula dalam darah agar keadaan tidak menjadi semakin parah. Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh dijadikan sebagai cara turunkan gula dalam darah.

 

 

Diabetis adalah satu keadaan apabila tahap gula dalam darah melebihi paras bacaan normal. Ianya berlaku apabila pancreas gagal menghasilkan isulin ataupun sel badan tidak lagi sensitif terhadap hormone insulin.

 

Kegagalan sel badan memberikan respons menyebabkan berlakukan penimbunan gula dalam darah.Bacaan gula yang terlalu tinggi, boleh membuatkan kuman merebak (luka), sehingga keadaan menjadi bertambah parah. Ketahui juga tanda-tanda kencing manis.

 

Berikut ada beberapa cara turunkan gula dalam darah secara  semulajadi:

 

  1. Diet Rendah Karbohidrat

cara turunkan gula dalam darah
cara turunkan gula dalam darah

Cara turunkan gula dalam darah yang boleh dilakukan adalah dengan diet rendah karbohidrat. Lakukannya secara serius dan teratur.

 

Dengan cara mengawal atau tidak mengambil bahan makanan yang kaya kandungan karbohidrat secara automatik tubuh tidak memerlukan insulin dalam jumlah yang banyak untuk mengubah glukos menjadi energi.

 

Antara makanan yang boleh dijadikan makanan pengganti karbohidrat adalah seperti roti gandum, sereal, kacang soya dan ubi keledek.

 

 

  1. Bersenam

cara turunkan gula dalam darah
foto-kupdates

Pengidap penyakit diabetis sangat disarankan untuk melakukan senaman yang sesuai dengan kemampuan tubuhnya. Namun, lebih baik jika mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana pengidap diabetis mengalami penurunan kadar gula, sehingga berada di bawah paras normal.

 

Anda tidak perlu ke gym, memadai melakukan senaman ringan secara rutin seperti berjalan, berjogging dan berbasikal memberikan efek positif untuk tubuh dan membantu  mengawal diabetis.

 

 

  1. Hindari Stress & Rehat Secukupnya

cara turunkan gula dalam darahKurang tidur boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah. Jadi, pastikan anda tidur 7-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti. Bebas dari stress dan benar-benar nyenyak.

 

Dengan menghindari stress, tubuh akan terasa lebih relaks kerana banyaknya hormon positif yang dihasilkan oleh otak.Selain itu, jaga berat badan supaya tetap ideal.

 

 

  1. Jangan Lewatkan Waktu Makan

cara turunkan gula dalam darah
foto-s-sharecare

Pengidap diabetis perlu makan tepat pada waktunya. Ini dalah kerana jadual makan yang tepat sangat berkait rapat dengan keadaan bagaimana makanan tersebut diproses menjadi energi di dalam tubuh.

 

Makan secara teratur, 3 kali sehari, serta dua kali menikmati hidangan ringan di antara waktu makan utama. Kadar gula dan berat badan dalam tubuh akan terkawal dengan sendirinya jika anda mengambil makanan yang sihat secara teratur serta dalam jumlah yang sewajarnya.

 

 

  1. Teh Hijau

cara turunkan gula dalam darah
foto-stylesatlife

Minuman ini boleh digunakan sebagai cara turunkan gula dalam darah. Teh hijau mempunyai sifat hypoglycemic yang begitu kuat untuk menjadikan insulin efektif digunakan oleh tubuh.

 

 

 

 

 

  1. Peria

cara turunkan gula dalam darah
foto-sitik

Walaupun amat pahit, peria mengandungi flavonoid, vitamin B kompleks, asid folik dan vitamin C yang bagus untuk tubuh.

Selai itu, kandungan charntin cukup berkhaisat untuk mengawal kadar gula di dalam darah.

 

 

 

 

 

  1. Kulit Kayu Manis

cara turunkan gula dalam darah
foto-microlifevn

Kulit kayu manis mempunyai kemampuan untuk meningkatkan insulin bagi merespons glukos.

 

Kulit kayu manis kaya dengan polifenol, antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dan mampu menurunkan inflamasi, sehingga membantu menurunkan kadar gula dalam darah dan kolesterol jahat dan mencegah penyakit jantung.

 

 

  1. Oatmeal (Bijirin Oat)

cara turunkan gula dalam darah
foto-youthfulhabits

Oatmeal adalah makanan yang kaya dengan serat dan mampu membantu mengawal peningkatan kadar gula dalam darah supaya tetap stabil.

 

Oatmeal juga kaya dengan magnesium yang akan membantu tubuh memanfaatkan glukos dan insulin dapat berfungsi dengan baik. Oatmeal juga dapat menurunkan risiko terkena serangan jantung yang merupakan salah satu kompilasi diabetis.

 

 

Itulah antara beberapa cara turunkan gula dalam darah yang boleh diamalkan.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .