Skip to main content

Cara Pikat Hati Lelaki, Strategi 5 Senjata!

cara pikat hati lelaki
foto-girlterest

Cara pikat hati lelaki yang disukai atau idaman bukan menjadi rahsia lagi. Biasanya semua wanita mengetahuinya. Namun, tetap ada di antara kita yang sebenarnya masih lagi kebingungan mencari cara untuk menarik perhatian lelaki idaman.

 

 

Rasanya setiap wanita pasti akan menyukai detik-detik indah ketika melihat seorang lelaki benar-benar berusaha untuk mendapatkan wanita idamannya, begitu jugalah dengan orang lelaki. Mereka juga suka dianggap istimewa ketika ada wnaita yang selalu memperhatikannya.

 

Ketahui juga rahsia suami isteri untuk bangkit gelora nafsu.

 

Untuk Menyempurnakan Misi Anda Itu, Dikongsikan Cara Pikat Hati Lelaki Idaman:

 

  1. Bersikap Sederhana

cara pikat hati lelaki
foto-onhealth

Secara umumnya lelaki tidak menyukai wanita yang terlalu over atau berlebihan. Jadi, sebab itulah jika anda ingin membuatkannya tertarik kepada anda, cubalah bersikap sederhana. Biarpun anda mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh wanita lain daripada segi material, karier ataupun kecantikan anda.

 

Biarkan si dia mengetahui semua kelebihan yang anda miliki dengan sendirinya tanpa dibuat-buat. Jika anda sengaja membuatkanya  mengetahui kelebihan anda, berkemungkinan si dia akan menyangka bahawa anda seorang wanita yang suka menunjuk-nunjuk kehebatan diri anda.

 

  1. Biarlah Sedikit Misteri

cara pikat hati lelaki
foto-ak0-pinimg

Jinak-jinak merpati merupakan salah satu cara pikat hati lelaki idaman.

 

Sekiranya anda masih lagi dalam usaha untuk mendekatkan diri anda kepadanya, maka anda juga tidak perlu membuka semua perkara tentang diri anda.Biarkan si dia berasa teruja untuk mengenali diri anda dengan  lebih mendalam lagi.

 

Di samping itu, anda cubalah korek-korek rahsia tentang dirinya, tapi jangan keterlaluan. Anda perlu bersikap biasa-biasa sahaja seolah-olah sekadar ingin mengetahuinya sahaja.

 

Selain hadkan juga komunikasi anda, tak kiralah di telefon, sms, whatsapp ataupun chatting di media sosial dan cubalah untuk mengakhiri perbualan tersebut terlebih dahulu, namun dengan sopan. Sesekali boleh sahaja membuat si dia cemburu, dan sudah tentu si dia akan ‘terbako’ sedikit hatinya!

 

 

  1. Pancarkan Aura Kecantikan Sejati

cara pikat hati lelaki
foto-icebreakerideas

Senyuman yang tulus serta bersikap ramah merupakan senjata paling utama wanita yang boleh digunakan sebagai cara pikat hati lelaki. Kebanyakan lelaki tidak suka dengan wanita yang terlalu kaku dan formal. Jadi, jangan terlalu pendiam dan jangan pula terlalu galak atau ‘menggeletis’.

 

Memiliki sikap sederhana, baik hati dan penyayang akan memancarkan aura kecantikan sejati anda.Kebanyakan lelaki akan luluh hatinya apabila berhadapan dengan wanita sebegini.

 

Di samping itu, berusahalah untuk tetap ceria di hadapan lelaki yang anda sukai dan berikannya senyuman yang paling tulus.

 

 

  1. Jangan Lepas Laku!

cara-pikat-hati-lelaki-lepas-laku-foto-lifehackLelaki yang baik-baik sudah pasti akan memilih wanita yang baik dan sopan. Wanita yang memiliki akhlak yang baik, penuh sopan santun sudah pasti menjadi idaman ramai lelaki.

 

Berbeza dengan lelaki yang mempunyai niat yang tidak baik, ingin ‘main-main’ dalam sebuah perhubungan, sudah pasti lelaki tersebut akan memilih wanita yang hanya cantik dari segi luaran sahaja, memiliki raut wajah yang cantik, seksi dan sebagainya.

 

Namun situasi ini berbeza jika lelaki idaman anda itu termasuk dalam kategori lelaki yang baik.Maka anda perlu menunjukkan sifat yang baik dalam segala hal, sehingga lelaki idaman anda akan tertarik dengan anda.

 

 

  1. Usahakan Untuk Memahaminya

cara pikat hati lelaki
foto-cf-girlsaskguys

Semua manusia memerlukan seorang teman yang dapat memahami perasaannya. Seorang teman yang boleh memecah kesunyian, rasa bosan dan juga dapat membaca apa yang sedang terbuku di hatinya. Jika anda dapat memahami hati si dia dengan bai, insya-Allah anda dijamin dapat menakluki hatinya.

 

Di samping itu, lelaki suka apabila dihargai oleh seorang wanita. Menyelar atau membidas percakapannya merupakan salah satu perkara yang tidak boleh anda lakukan, meskipun anda sudah tidak sabar untuk berdebat dengannya.

 

Jika anda bersikap sopan dan menghargainya, sudah pasti si dia juga akan menghargai dan menghormati anda.

 

Itulah beberapa cara pikat hati lelaki yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba, semoga lelaki idaman anda itu akan tertarik kepada anda!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .