Skip to main content

Cara Mengatasi Anak Nakal Ubah Gaya Bercakap

cara mengatasi anak nakalPercaya atau tidak bahawa mengubah gaya bercakap merupakan cara mengatasi anak nakal. Setiap kali anak nakal, tidak mendengari kata atau melawan cakap ibu bapa, anak-anak akan dipersalahkan, dimarahi atau dihukum. 

 

Kebanyakan ibu bapa lebih senang meletakkan beban kesalahan itu pada anak-anak tanpa mencari punca sebenar yang mungkin datangnya daripada ibu bapa itu sendiri. Ikuti juga kenapa anak berbohong.

Pada zaman ini, bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Keadaan persekitaran dengan pelbagai pengaruh media cetak, elektronik dan dunia maya sangat mencabar.

Oleh itu, ibu bapa zaman ini perlu benar-benar ada skil keibubapaan agar anak-anak terdidik sebaik mungkin.

Anda perlu ingat, sikap kasar, degil dan lain-lain di kalangan anak-anak bukan berlaku dalam sekelip mata, malah ia ‘makan tahun’. Ia terbina perlahan-lahan dan semua itu bermula dari rumah, dari tangan ibu bapanya, pengasuh dan siapa sahaja yang terlibat dalam mengasuh dan mendidik mereka.

 

cara mengatasi anak nakalCara Mengatasi Anak Nakal Ubah Gaya Bercakap

Salah satu PUNCA ANAK NAKAL ialah cara ibu bapa BERKOMUNIKASI dengan mereka merangkumi percakapan dan bahasa tubuh.

Cuba duduk sebentar dan renung seketika. Apabila anda berada dalam keadaan penat, tertekan dek pelbagai masalah di tempat kerja, anda sering membawa masalah itu balik ke rumah.

Maka anak-anak menjadi mangsa untuk anda lepaskan geram walaupun kesilapan yang mereka lakukan itu kecil sahaja.

Begitu juga jika anda ada masalah dengan pasangan, anak-anak juga menjadi medan anda lepaskan kemarahan.

Dalam keadaan marah, banyak perkara negatif yang anda lakukan misalnya meninggikan suara, mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar dan kesat, menghempas barang atau pintu bilik, malah ada yang memukul anak-anak. Bukan sekali hal ini terjadi, malah berkali-kali!

Tanpa sedar anak-anak memerhati, menyimpan rasa marah dan ‘menyerap’ ilmu negatif yang dipelajari daripada anda, ibu bapanya sendiri.

Mungkin ramai yang tidak sedar, anak-anak cenderung untuk meniru apa jua perilaku orang dewasa kerana minda mereka masih banyak ruang kosong, bagaikan span yang mampu menyerap apa jua perkara baru yang mereka pelajari.

Banyak kesilapan dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga menjejaskan pertumbuhan mental dan emosi anak.

Jadi, sebelum menuding jari ke arah orang lain, nilai kembali peribadi diri. Andai baik teladan yang diberikan, maka baiklah peribadi anak-anak.

Jika buruk teladan yang dipamerkan, maka jangan salahkan anak-anak andai mereka bersikap degil, keras kepala dan memberontak. Ibu bapa perlu semak diri agar kelemahan dapat diperbaiki dan buang ketepi rasa ego dan besar diri.

Cari ruang dan masa untuk menambah ilmu keibubapaan, belajar mengawal emosi dan belajar untuk bercakap yang baik-baik sahaja. Di sinilah anda akan ketahui mengenai cara mengatasi anak nakal.

 

cara mengatasi anak nakal4 BAHASA SALAH PUNCA ANAK NAKAL:

  1. Bahasa menyindir (sarcasm) yang boleh mengguris hati anak. Sebenarnya anak-anak tidak faham yang anda sedang menyindir mereka. Jadi, lebih baik anda bercakap dengan jelas supaya apa yang mahu disampaikan difahami dengan baik.

Contoh ::
“Kamu ni, apa yang mama cakap semua tak dengar. Otak tak de ke? Atau otak letak kat lutut?

  1. Bahasa dusta. Bahasa ini selalu sangat diucapkan oleh rata-rata orang. Usah sesekali berbohong kepada anak-anak kerana lama-kelamaan mereka akan menganggap ia satu perbuatan yang dibolehkan misalnya untuk menyelamatkan diri daripada sesuatu perkara.

Contoh :

“Hari ni abah tak bawa duit. Jadi tak boleh beli mainan ni. Esok kita beli ya”…tapi anda tidak belikan anak seperti yang dijanjikan. Anda cakap begitu semata-mata untuk memujuknya.

Ketahui 2 lagi bahasa salah punca anak nakal dan cara mengatasi anak nakal dalam sambungan artikel esok.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .