Skip to main content

Bisnes Paling Selamat Waktu Gawat!

bisnes paling selamatUmumnya ada 4 bisnes yang dikatakan tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pendek kata bisnes paling selamat walau gawat ialah 4 jenis bisnes ini iaitu makanan, kesihatan, pakaian dan pendidikan.

 

Apakah benar dakwaan itu? Apakah semua yang terlibat dalam 4 bidang ini pasti terselamat? Semestinya tidak! Tiada siapa mampu menyatakan yang ia pasti selamat. Tidak kira sama ada ia syarikat gergasi atau hanya jaguh kampung. Semua terkena tempiasnya. Ketahui juga mengenai bisnes dari rumah yang menguntungkan.

 

Baru-baru ini telah viral di facebook bagaimana seorang usahawan wanita berjaya, Pn Mona Din membuat pengakuan dalam facebooknya. Dia mengakui bahawa telah menutup semua butik fesyennya dan yang terakhir ialah Butik Umrahajj yang terletak di Shah Alam Mall. Ertinya tak ada bisnes paling selamat setakat ini.

 

bisnes paling selamat
Antara respond rakan facebook Pn Mona.

Berikut ialah sedikit petikan dalam facebooknya (mamanet telah lakukan sedikit suntingan bahasa):

 

“Saya sebenarnya dah lama malas nak lawat butik, malas nak fikir nak reka baju, malas nak sertai pertunjukan fesyen, malas nak berlumba-lumba buat pengambaran & pemasaran.

 

Lagipun sejak empat tahun lepas, saya dah mula sedar yang ekonomi kita semakin teruk.

 

Kebetulan pasaran fesyen pula tiba-tiba jadi tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dah tepu sebab ramai sangat orang yang terpesona dok masuk buat bisnes fesyen, terutama anak-anak muda makin ghairah menjual baju tudung di online….

 

Ia sedikit sebanyak menjejaskan bisnes butik fizikal…

 

Tiba-tiba dunia fesyen yang dah mula tepu, menjadi medan perang harga pula, semua orang dah mula melelong, sebab masing-masing nak berebut pasaran yang sangat kompetatif…aduuuh! Apabila GST bermula, keadaan semakin genting.

 

Saya, salah seorang pengasas fesyen muslimah, syukur Alhamdulillah saya dapat sedar benda-benda itu lebih cepat…dan saya dapat fikir betul-betul, sama ada nak mantapkan lagi kayuhan sampan saya, berusaha mendayung sekuat mungkin untuk sama-sama bersaing di sungai yang padat dan bergelora, atau keluar dan berehat saja…

 

Insya-Allah, rasanya ini pilihan terbaik saya buat. Sekurang-kurangnya ia tidak menelan duit simpanan saya. Sekurang-kurangnya saya terselamat dari sebarang hutang piutang…itu yang penting!

 

Sebab saya tahu bagaimana sakitnya sesetengah peniaga di mall sekurang-kurangnya ekonomi sangat teruk, jualan tak ada tapi sewa, staf, stok dan semua overhead tetap kena bayar.

 

Nak keluar tak boleh sebab kena tunggu kontrak habis dulu. Sesetengah daripada mereka jalankan bisnes guna duit sendiri, guna duit simpanan sendiri. Dahlah penat, untung tak ada, siap guna duit simpanan lagi…sedih kan?

 

Syukur sangat saya sekurang-kurangnya tak sampai jadi macam tu. Saya dapat keluar sebelum ia menghabiskan simpanan saya untuk tampung semua kos. Alhamdulillah.”

 

Begitulah luahan hati Puan Mona Din. Kami yakin, bukan dia seorang sahaja yang mengalami situasi getir sekarang. Bahkan ramai lagi khususnya usahawan kecil. Pasti lebih terasa.

 

Bisnes Paling Selamat Waktu Gawat

bisnes paling selamatMungkin sudah tiba masanya kita fikirkan jalan keluar. Usah berdayung di laut merah yang sudah tepu. Carilah laut biru (blue ocean) untuk kita sama-sama dapat berdayung dengan tenang.

 

Ikuti sambungan artikel ini untuk melihat peluang lain dalam bisnes. Tahukah anda ada 9 bisnes yang mampu membuat anda untung ketika ekonomi gawat ini. Jumpa lagi dalam Bahagian Akhir artikel Apa Bisnes Paling Selamat Waktu Gawat ini esok.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...