Skip to main content

Bisnes Di Rumah, Buat 10 Perkara Ini!

 bisnes di rumahKeadaan ekonomi yang mencabar zaman ini mendorong ramai orang untuk menjalankan bisnes dari rumah. Makin ramai suri rumah ambil peluang ini untuk membantu ekonomi keluarga. Malah tidak kurang yang tinggalkan kerjaya tetap untuk fokus pada keluarga dan pada masa yang sama buat bisnes di rumah.

 

 

Bagi yang sudah mempunyai idea, mungkin tidak begitu sukar untuk memulakannya. Tapi bagaimana dengan mereka yang masih mencari-cari bisnes yang sesuai untuk dijalankan. Cuba ini tidak kena, cuba itu tidak kena. Akhirnya, ia tidak membuahkan hasil malah membazirkan masa, tenaga dan wang (modal). Ketahui juga cara bisnes dari rumah tanpa kos.

 

Di sini Mamanet ingin kongsikan 10 tip dan idea untuk tentukan apakah bisnes di rumah yang sesuai dengan anda:

 

  1. Cari bisnes yang ‘kena’ dengan minat anda

Antara kelebihan memulakan bisnes di rumah ialah dari segi fleksibiliti masa. Anda boleh susun masa anda antara kerja rumah dan bisnes. Membuat dua kerja dalam satu masa bukan mudah.

Jadi anda perlu mencari bisnes yang selari dengan minat atau hobi anda. Ini penting agar anda melakukan bisnes itu dengan sepenuh jiwa dan gembira. Apabila bisnes itu ‘kena’ dengan diri anda, pasti anda tidak tertekan bukan?

Anda juga akan lebih fokus dengan apa yang anda usahakan. Seronoknya berhobi sambil menjana wang! Sebagai contoh, anda suka baking. Jadi bisnes yang sesuai adalah membuat kek, biskut dan seumpamanya.

 

  1. Cipta kelainan berbanding pesaing

Andai dilihat secara kasar, ramai yang menjalankan perniagaan yang sama. Ini yang dikatakan persaingan.

Jadi, anda perlu mencari kelainan kepada produk anda misalnya pada tagline yang digunakan, nama produk, servis lepas jualan, pembungkusan, perkongsian tip melalui video dan banyak lagi. Untuk berniaga, anda tidak boleh lari daripada persaingan. Jiwa mesti besar!

 

  1. Pekhidmatan terus dengan pelanggan

Antara kelebihan bisnes secara kecil-kecilan adalah anda boleh memberikan perkhidmatan secara terus atau personal kepada pelanggan. Trend membeli sekarang ini agak berubah apabila para pelanggan lebih senang berurusan dengan pemilik perniagaan.

Pelanggan merasa lebih yakin dan sudah pasti mereka dilayan dengan mesra oleh anda selaku pemilik. Hubungan ini akan berterusan dan mereka bakal jadi pelanggan setia anda.

 

  1. Buat tinjauan jenis bisnes yang luas permintaan

Sebelum memilih bisnes dari rumah yang sesuai, anda digalakkan untuk membuat tinjauan pasaran terlebih dahulu.

Lihat masalah orang sebagai peluang dalam membentuk perniagaan. Ini penting bagi memastikan produk yang ditawarkan mendapat permintaan yang positif.

 

  1. Mulakan dengan apa yang anda tahu dan apa yang anda ada

Ramai yang beranggapan, untuk berniaga perlukan modal besar. Untuk bisnes di rumah anda masih boleh memulakan perniagaan dengan zero cost.

Anda boleh membuat dropship yang sekarang ini menjadi trend dalam perniagaan online. Anda juga tidak perlu menunggu serba-serbi sempurna baru nak mula menjual. Apabila bisnes itu makin maju, barulah anda mula langkah seterusnya.

 

  1. bisnes di rumahMulakan dengan bisnes kecil

Andai anda seorang newbie atau belum ada pengalaman luas tentang bisnes, eloklah bermula bisnes kecil terlebih dulu. Lupakan dulu bisnes yang besar dan beri tumpuan kepada satu bisnes kecil. Usahakan sampai anda berjaya.

Jika perlu bertemu pelanggan, aturkan pertemuan di tempat yang kasual seperti restoran atau hotel.

 

  1. Bina ‘tapak’ bisnes

Apabila anda buat bisnes, tapak bisnes anda mungkin kediaman anda sendiri.Kalau buat online tapaknya di internet. Jadi, kukuhkan blog, laman web atau kedai online anda.

Facebook sahaja tidak cukup kuat. Blog atau laman web boleh jadi aset branding jenama anda. Anda juga boleh monetize blog atau web site anda dengan menawarkan perkhimatan ruang iklan.

 

  1. Himpun data pelanggan

Data pelanggan sangat penting untuk anda kumpul kerana mereka bakal jadi pelanggan setia anda. Pastikan anda simpan maklumat seperti nama, e-mel, nombor telefon untuk membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih cepat dan besar.

Data ini anda boleh guna untuk promosi produk anda dengan sekali klik sahaja melalui kaedah email marketing.

 

  1. Kuatkan penjenamaan

Setiap bisnes perlukan pemasaran dan penjenamaan. Gunakan medium internet untuk kuatkan jenama dan kredibiliti anda.

Anda perlu rajin kongsi maklumat percuma dengan pelanggan dan prospek anda. Misalnya jika anda pengusaha kek, sesekali kongsi tip bagaimana nak buat kek naik dengan cantik. Like page anda pasti meningkat hari ke hari!

 

  1. Jangan putus asa

Walaupun mungkin anda berseorang atau berdua sahaja membina bisnes di rumah, yakinlah dengan tindakan sedikit setiap hari dan tanpa putus asa , anda akan mencapai kejayaan.

Berusaha tanpa putus asa, Kejayaan tidak akan datang bergolek. Anda yang bakal merubah diri dan keluarga anda. Biarpun bisnes dari rumah, tidak mustahil untuk anda bergelar jutawan!

Semoga artikel bisnes dari rumah ini bermanfaat kepada anda.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .