Skip to main content

Bengkel Masakan Kimball Tambah Drama Pada Hidangan

kimballworkshop_01Jenama popular untuk sos, pasta dan produk makanan lain yang dihasilkan dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, baru-baru ini telah mengadakan satu bengkel masakan untuk menambahkan drama ke dalam hidangan harian dengan cara yang jimat dan lazat sebagai salah satu daripada aktiviti dalam kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’.

 

Tumpuan pada bengkel masakan ini ialah untuk menunjukkan bahawa memasak hidangan yang jimat, penuh rasa dan dramatik di rumah adalah senang dan mudah dengan menggunakan sos dan pasta yang berkualiti keluaran Kimball.

 

Hidangan-hidangan yang dipersembahkan boleh dimasak oleh seseorang yang berpengalaman memasak ataupun ‘newbie’ tanpa kesukaran dan mempunyai impak rasa serta persembahan untuk memberikannya drama di dapur dan di meja makan.

 

Ketahui juga cara menyimpan daging supaya segar.

 

bengkel masakanPara peserta bengkel ini dipilih berdasarkan penghantaran gambar-gambar paling dramatik mereka sewaktu di dapur atau di meja makan dalam internet, selaras dengan kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ Kimball.

 

Para pemenang pertandingan bersama pasangan mereka akan menerima hadiah berbentuk pertemuan dengan chef selebriti, Sherson Lian yang pada ketika ini sedang menghoskan rancangan ‘5 Rencah 5 Rasa’ di stesen televisyen tempatan.

 

Para peserta dari latar belakang, umur dan kemahiran memasak berbeza ini digabungkan oleh cinta mereka terhadap masakan untuk mempertajamkan kemahiran memasak; menikmati hidangan enak dan diraikan kerana memilih Kimball sebagai jenama pilihan dalam masakan mereka.

 

Bengkel masakan bantu peserta memasak dengan lebih cekap

Selain demonstrasi dua resepi menggunakan produk-produk Kimball, sesi berkenaan diperkayakan dengan tip dan teknik di dapur yang boleh membantu peserta menjadi lebih cekap di dapur.

 

Chef Sherson telah menunjukkan cara penyediaan ‘Cendawan Tomato Concasse dengan Ayam dan Penne Kimball’ yang mempamerkan keserbagunaan dan rasa Sos Spageti Cendawan Kimball serta betapa mudahnya Penne Kimball boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan berkhasiat yang disukai oleh kanak-kanak dan dewasa. Hidangan ini boleh disediakan dengan pantas bergantung kepada kemahiran dapur individu, namun ia tetap menghasilkan hidangan kualiti yang bertaraf restoran di dapur rumah anda.

 

bengkel masakanPara peserta juga diajar untuk memasak ‘Udang Goreng Cili Asam Kimball’ yang digemari oleh rakyat Malaysia dengan menggunkan Sos Cili Kimball dan Sos Tiram Kimball.

 

Resipi udang yang digoreng dengan asam jawa dan cili amat popular di kebanyakan restoran, selalunya jarang dimasak di rumah kerana kebanyakan orang menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan rasa pedas dan masamnya.

 

Namun demikian, Kimball telah berjaya menyelesaikan masalah berkenaan dengan menghasilkan resepi yang boleh disediakan di rumah. Kedua-dua Sos Cili dan Sos Tiram Kimball digabungkan untuk memberikan asas perisa udang-udang yang digoreng itu. Rasa masam pedas hidangan ini menjadikan ia amat enak dihidangkan dengan nasi panas.

 

Bengkel masakan ini diakhiri dengan sesi ‘makan-makan’ di mana para peserta dijamukan dengan jamuan hidangan lazat yang terdiri daripada menu yang disediakan khas menggunakan produk-produk Kimball.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ yang fokusnya ialah menambahkan sedikit produk Kimball ke dalam hidangan yang paling ringkas bagi memaksimakan rasa tanpa membebankan perbelanjaan anda, Kimball juga menaja rancangan televisyen masakan ‘5 Rencah 5 Rasa’ yang ditayangkan di TV3.

 

Rancangan tersebut yang dihoskan oleh Chef Sherson, memaparkan satu resepi khas Kimball pada setiap episod. Ia menunjukkan keserbagunaan produk Kimball dalam pelbagai hidangan, sekaligus meneraju konsep hidangan mampu milik yang dikenali sebagai ‘Jimat & Lazat’ dalam rancangan tersebut.

 

Menurut Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Stephane Vilquin, bengkel masakan mini ini merupakan pentas untuk mempamerkan betapa mudahnya untuk menyediakan hidangan lazat yang menjimatkan di rumah selain menunjukkan penghargaan kepada pelanggan Kimball yang setia.

 

“Sejak lebih daripada 40 tahun, Kimball telah menjadi salah satu daripada pemain utama dalam industri makanan, hasil sokongan para pelanggan kami yang setia. Kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk menambahkan keseronokan drama dan rasa ke dalam hidangan tanpa membebankan belanja hanya dengan menambah sedikit produk Kimball boleh dikatakan amat berjaya.

 

“Kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan produk-produk Kimball kerana ia amat mudah untuk digunakan bagi menghasilkan hidangan yang menjimatkan lagi lazat. Sos-sos dan pasta-pasta kami mempunyai kepelbagai guna sehinggakan kedua-duanya amat sesuai untuk menu Barat dan Asia,” kata Stephane.

Para peserta yang menghadiri bengkel masakan pastinya telah mendapat ilmu baru bagi meningkatkan kecekapan mereka di dapur.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .