Skip to main content

8 Cara Efektif Mencegah Gusi Bengkak

gusi bengkak
foto-edc2-healthtap

Gusi bengkak boleh mengundang sakit gigi yang sangat menyeksakan. Rasa berdenyut-denyut yang menyakitkan dari gusi yang bengkak boleh naik sampai di kepala! Sakitnya, Tuhan saja yang tahu.

 

Gusi adalah benteng yang menyokong gigi. Bila ada infeksi ia akan menyebabkan masalah sakit gusi dan gigi sekali gus. Bagi yang pernah mengalami gusi bengkak, tentunya tidak mahu kejadian tersebut berulang kembali. Ketahui juga cara atasi sakit gigi berlubang.

 

gusi bengkak
foto-shelbydentalcare

Manakala penyebab gusi bengkak adalah kerana terdapat bakteria pada plak gigi yang mana kemudiannya telah memberikan jangkitan pada gigi sehingga membuatkannya menjadi bengkak, kemerahan sakit dan berdarah.

 

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh gingivitis, infeksi dan kehamilan.

 

Cara mencegahnya ini mungkin berguna buat kita semua

  1. gusi bengkak
    foto: trustedhealthproducts

    Menjaga kebersihan mulut dengan menggosok gigi, paling kurang dua kali sehari. Selepas makan, sebelu tidur dan bangun tidur pasatik menggosok gigi atau flossing.

 

  1. Berkumurlah menggunakan air yang telah dicampur dengan garam untuk membersihkan gigi, gusi serta tekak dari bakteria.

 

 

gusi bengkak
foto-okuloncesi

  1. Minum air masak secukupnya, paling kurang lapan gelas sehari. Pengambilan air masak yang mencukupi dapat membantu memperbanyakkan pengeluaran air liur untuk membunuh bakteria penyebab gusi bengkak.

 

  1. Makan makanan seimbang, terutama yang mengandungi kalsium dan vitamin C bagi menurunkan risiko gusi bengkak dan gusi berdarah.

 

  1. Hindari makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

 

  1. Elakkan makan makanan yang terlalu manis.

gusi bengkak
foto-northrydedental

  1. Kawal stress bagi mengurangkan hormon stress yang sudah semestinya tidak bagus untuk gusi yang sihat.

 

  1. Buat pemeriksaan gigi dengan berjumpa doktor gigi, paling kurang 6 bulan sekali bagi membersihkan kotoran pada gigi yang tidak boleh dihilangkan dengan menggosok gigi (plak dan karang gigi).

 

Semoga artikel mengenai gusi bengkak ini dapat memberi manfaat pada anda.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...