Skip to main content

6 Tip Diet Yang Betul Buat Pasti Kurus!

diet yang betul
foto-beautyandmakeupmatters

Jika anda termasuk dalam kategori wanita yang obesiti dan ingin menurunkan berat badan, sebaiknya anda mengetahui diet yang betul. Perkara ini sangat penting demi menjaga kesihatan tubuh supaya terhindar daripada dijamah oleh pelbagai penyakit!

 

 

Sekalipun anda ingin kurus, diharap anda tidak terburu-buru dan terlalu mempercayai mana-mana produk pelangsing badan yang murah dan tidak mendapat kelulusan dari  Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Ikuti juga jadual diet yang dijamin kurus!

 

Di samping itu juga, cara diet yang betul juga adalah dengan mempertahankan keseimbangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh seperti meniral dan vitamin.  Segala zat ataupun nutrisi yang diperlukan oleh tubuh tidak boleh kita abaikan atau hilangkan pengambilannya begitu sahaja kerana ia boleh membahayakan kesihatan tubuh.

 

 

Berikut Cara Diet Yang Betul Dan Sepatutnya Diamalkan:

 

  1. diet yang betul
    foto-beahealthyhero

    Mengatur Menu Diet

Salah satu cara diet yang betul adalah menjaga menu diet sihat. Kita perlu bijak mengawal pengambilan setiap makanan dan zat yang masuk ke dalam badan. Kekurangan dan kelebihan pengambilan zat juga boleh menjejaskan kesihatan kita.

 

 

 

  1. diet yang betul
    foto-welnis

    Makan Secara Teratur

Mengurangkan karbohidrat yang masuk ke dalam badan memang bagus, tetapi jangan sampai kita langsung tidak menjamahnya.

 

Cara diet yang betul dan sihat adalah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dengan teratur kerana badan kita tetap memerlukan energi biarpun tengah berdiet. Jadi, jangan abaikan pengambilan makanan secara teratur iaitu tiga kali sehari dengan mengurangkan kuantitinya.

 

 

  1. diet yang betul
    foto-vkool

    Elakkan Makan Makanan Segera

Kebanyakan makanan segera berpontensi mengandungi beberapa bahan yang tidak sihat termasuk pengawet, pewarna, sumber kalori seperti gula dan sebagainya.

 

 

 

  1. diet yang betul
    foto-media-philly

    Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Cara diet yang betul seterusnya adalah dengan tidak mengabaikan pengambilan serat yang berasal dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

Ketika berdiet, kita juga perlu mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap hari. Begitu juga dengan kacang-kacangan dan bijirin. Ini adalah kerana makanan-makanan tersebut banyak mengandungi antioksidan, kalium dan vitamin C yang baik untuk keseihatan tubuh.

 

 

  1. diet yang betul
    foto-2-bp-blogspot

    Jangan Sampai Dehidrasi

Walaupun betul-betul ingin berdiet, kita tetap perlu alert dengan keadaan tubuh sendiri. Jika berasa tidak 100% fit, besar kemungkinan kita mengalami dehidrasi kerana kekurangan cairan dalam tubuh.

 

 

 

Air masak adalah minuman sihat tanpa lemak dan juga bebas dari kalori. Jadi, minuman ini dapat membantu kita menurunkan berat badan. Ketika berdiet, pastikan tubuh tidak terhidrasi dengan cara meminum air masak dengan banyak.

 

 

  1. diet yang betul
    foto-wdy-h-cdn-co

    Wajib Bersenam

Biasakan diri untuk bersenam di pagi hari. Senaman ringan merupakan prinsip cara diet yang betul kerana dengan bersenam proses metabolisme akan berlaku. Usahakan walaupun sekadar berjalan kaki, berjogging ataupun berbasikal.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .